Jual Arak Di Kelab Golf, BN Bukan Taliban - pakdin.my

Kasihan Pakatan Harapan sedang hilang arah mencari sokongan Melayu lalu diarahkan Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) mengharamkan penjualan arak.

Selepas 10 bulan memerintah, idea terbaik Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, ialah mengharamkan penjualan arak di SIGC anak syarikat kerajaan negeri. [1]

Maka Chegu Bard pun pagi petang siang malam memuji dan memuja MB NS ini dan menghentam Tok Mat Hassan kerana tidak menghalang penjualan arak.

Lucunya (menurut Chegu Bard), Lembaga Pengarah SIGC tidak setuju dengan Menteri Besar.

Saya percaya ini kerana sebahagian besar ahli dan pelanggan mereka terdiri daripada bukan Islam.

Menurut Chegu Bard, Aminuddin pun melepaskan jawatan sebagai Pengerusi SIGC sebagai bukti ketegasan. [2]

Ini bukan ketegasan tapi kebudak-budakan dan sandiwara cap ayam.

Jika Aminuddin benar-benar mahu menghalang penjualan arak di SIGC beliau boleh sahaja menutup terus kelab tersebut. Yang buat keputusan tolak arahan MB adalah pegawai beliau juga. [3]

Ada apa isu ini?

Pertamanya, BN bukan kerajaan taliban yang mengharamkan penjualan arak kepada orang bukan Islam.

Ia bukan agenda BN untuk menghalang aktiviti dan hak bukan Islam untuk minum arak di kelab golf.

Sekarang pengundi bukan Islam di Rantau boleh menilai sendiri siapa “Taliban” sebenarnya.

Kedua, salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (PAN), parti dalam Pakatan Harapan, pernah berjanji hari ini menang pilihan raya, esok kami tutup kilang Carlsberg di Shah Alam.

Ketiga, berbeza dengan Chegu Bard, kebanyakan orang Melayu tidaklah begitu bodoh untuk mengundi Pakatan Harapan hanya kerana isu MB Negeri Sembilan merajuk dengan kelab golf tidak mahu tamatkan penjualan arak.

Keempat, perletakan jawatan sebab cadangan ditolak adalah sandiwara cap ayam. Ini kerana Menteri Besar yang melantik pengurusan atasan kelab tersebut. [4]

“The menteri besar also appoints the secretary, treasurer, club captain and five committee members.” (Malaysiakini). [5]

Esok jika rakyat tidak mahu dengar cakap, apakah Amiruddin akan letak jawatan MB juga?

mimpi di siang harilah. 😂

……..
Rujukan:

[1] MB tegur kelab golf jual arak, ‘fikir sensitiviti masyarakat atau saya berundur’
https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/21/mb-tegur-kelab-golf-jual-arak-fikir-sensitiviti-masyarakat-atau-saya-berund/1735122

[2] Arak: Tindakan Aminuddin letak jawatan SIGC harus dipuji, kata Chegu Bard
https://malaysiadateline.com/arak-tindakan-aminuddin-letak-jawatan-sigc-harus-dipuji-kata-chegu-bard/

[3] Ditegah MB, kelab golf Seremban tetap mahu jual arak
https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/25/ditegah-mb-kelab-golf-seremban-tetap-mahu-jual-arak/1736176

[4] Isu arak: MB Negeri Sembilan letak jawatan SIGC
http://www.kosmo.com.my/negara/isu-arak-mb-negeri-sembilan-letak-jawatan-sigc-1.869445

[5] MB kena letak jawatan jika enggan jadi presiden kelab golf
https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/27/mb-kena-letak-jawatan-jika-enggan-jadi-presiden-kelab-golf/1737136

UTAMAPOLITIKJual Arak Di Kelab Golf, BN Bukan Taliban

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium