25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Jualan 1MDB Edra: Tuduhan dan jawapan

1mdb-edra-cgn-china

TUDUHAN: Berniaga buluh kasap ..beli mahal jual murah.. masuk angin keluar asap.
Hari ini secara rasmi nya 1MDB menjual Edra Energy dengan harga RM9.83 billion kepada CNG ( China Nuclear Power Corporation).

Harga belian kesemua Energy assets tersebut adalah RM12 billion (termasuk goodwill RM2billion) .

Kerugian membeli mahal menjual murah saja sudah lebih RM2 billion
Ini bermakna goodwill yang dibayar oleh 1MDB dulu langsung tiada bernilai..sudah jadi badwill.

LSS: When 1MDB sold it to CGB for RM9.83b, CGN also assumed debt of RM8b – giving a value of RM17,83b.
And the reason why RM12b became RM9.83b is this: IPPs, like any concession business has a life – and when the life-span is shorter, the value is lower – but money and profits came out to pay for interest and also profits to the holding company.

Meaning – while 1MDB also had to pay for the interest costs for acquiring the power plants, people forget that these power plants were all profitable and generating positive cash-flow which paid for the interests with some profits too.

TUDUHAN: Kerugian ke 2 pula adalah dari segi cost membeli di mana 1MDB telah membayar RM5 billion kepada sebagai cost and fees of financing. Jumlah ini belum di campur option termination fees kepada IPIC sebanyak USD1 billion barangkali.. so takpa lah kita ambil RM5 billion lah kita congak boleh?

LSS: Since Edra did not go IPO, the “options termination fees” are now superseded by the June 2015 binding agreement between IPIC and 1MDB – maksud tak laku lagi. Tidak timbul topic ini lagi.

Bagaimana kamu dapat RM5 billion cost of finance, aku pun tak tahu tetapi hang juga lupa IPP juga ada keuntungan setiap tahun dan dividennya.

TUDUHAN: Kerugian ke 3 pula ialah semasa beli jumlah pinjaman Assets tersebut ialah RM6 billion. Nilai sekarang ialah RM8billion. Ini beza sebanyak 2 billion. Oleh kerana CNG akan assume semua pinjaman ini, kalau pinjaman tidak berubah RM2 billion itu boleh menjadi cash kepada 1MDB.

LSS: Bagaimana pinjaman boleh tukar menjadi cash? Ini pelik.

Kalau Mahathir dan Tony Pua tak kacau sangat, mungkin tahun depan boleh IPO dan dapatkan harga lebih baik sehingga harga 20% lebih dari RM18b.

Harga IPO sememangnya lebih tinggi dari harga jual terus.

Kalau nak pastikan harga lebih tinggi pada IPO lagi, senang je. Kerajaan tambah-baik lagi konsesi kepada IPP2 itu – kadar PPA lebih tinggi, tempoh PPA lebih panjang. Buatlah macam Mahathir buat dulu. Rakyat yang tanggung berdekad-dekad aje. Tetapi Najib tak sejahat Mahathir dan tak buat macam ini.

Kesimpulannya, 1MDB beli IPP2 itu RM18b dan jual RM17.83b + untung IPP selama 3 tahun.

Ada Masalah? Tak rugi banyak-pun.

Bukan jual pada harga kosong buruk besi yang selalunya dituduh oleh Mahathir dan Tony Pua.

TUDUHAN: Kerugian ke 4:
Kita menjual strategic assets negara kepada Syarikat asing !
Kesimpulan dari segi tunai 1MDB rugi RM9 billion dari segi jual murah 2 billion, cost of financing 5 billion , penambahan loan 2 billion.

Dari segi strategi assets dijual kepada syarikat asing , ini tidak ternilai ! TNB should have been awarded instead CNG.

Ada apa yang saya tertinggal atau silap? Sila betulkan.

Ok lah lets be fair and add some income from IPPs selama ini.. Tak banyak pun. Sesiapa ada figure bagi lah kita boleh tolak.

LSS: Hang kata income dari 13 IPP tak banyak pun? income IPP tak banyak sampai TNB sanggup bayar RM16 bilion (8b cash+8b hutang) dan syarikat Cina sanggup bayar RM18b ((10b cash+8b hutang)?

Income IPP tak banyak? Biar betul. Cuba tanya kroni2 IPP Tun M YTL, Ananda dan sebagainya. 

TUDUHAN Kerana ini jugalah kita awal awal sudah bising tentang mismanagement dan entah apa apa lagi yang berlaku dalam 1MDB sehingga akhirnya terpaksa menjual assets dengan harga murah dan kepada syarikat asing.
p.s. tak payah ceritalah tentang pembelian assets ini utk turunkan tariff letrik..nampak dangkal sangat.

LSS: Kalau 1MDB tak beli dari Ananda Krishna, 8 IPP itu sudah lama dijual kepada orang asing. Negara2 lain termasuk Indonesia, Singapore, India, Australia semuanya membolehkan sektor penjanaan elektrik dibeli oleh orang asing, Malaysia tak boleh pulak?

Hang nak pelaburan asing masuk ke Malaysia atau tidak? Pelabur asing lari, Ringgit jatuh – hang meroyan. Pelabur asing masuk sekarang untuk mengukuhkan matawang, hang kata jual negara. Apa ini? 

Lagipun, market-share Edra di Malaysia tak banyak pun – hanya 14% – yang lain ialah TNB dan Malakof milik Syed Mokhtar.

Kalau TNB nak beli, tawarlah harga yang berpatutan. Mengapa kerajaan nak rugi RM2b jual kepada TNB yang 50% sahamnya milik orang swasta?

Yang 1MDB selalunya menawarkan harga termurah bagi setiap tender kadar elektrik kepada TNB itu tidak mahu cerita? Kerana harga yang ditawar termurah, 1MDB untung kurang tetapi siapa yang untung lebih? Rakyat dan TNB.

Walaupun kadar elektrik ada naik tahun 2014 oleh kerana subsidi gas kepada IPP telah dikurangkan. Tetapi, yang untungnya ialah Petronas.

Kadar elektrik turun bulan Mac 2015 tak nak cakap pula?

TUDUHAN: Kalau macam ni punya assets rationalisation (read jual harta) takperlu lah ambil grad LSE jadi CEO bayar gaji mahal2 ..

LSS: Ialah. Lebih baik asset bagi balik kepada kroni Tun M aje macam dulu. Semua happy.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Assalamulalaikum. .
    Sdr I
    Esok akan diadakan solat hajat 1 TNB bagi memohon kesejahteraan TNB juga agar TNB dapat memenangi bidaan pengambilan EDRa.
    Mohon kerjasama semua ahli2 beragama islam K3P untuk bersama-sama menunaikan solat hajat ini demi kesejahteraan dan kelangsungan sykt yg kita sayangi.
    Bersatu bertambah mutu.
    Bersatu kita teguh.
    Perjuangan tetap diteruskan.
    Presiden K3P
    ☝?️isu mengenai Edra, baca dan fahamkan, TNB sedang berdepan dengan masalah ini.
    1) Nasib & masa depan TNB seterusnya akan kita ketahui bila kjaan memutuskan siapakah yg berjaya mendapat tender EDRA 1MDB dalam masa terdekat (mgkin dlm masa terdekat atau Dec 2015).
    2) Buat masa ini projek EDRA di sertai tendernya oleh 3 syarikat iaitu :-
    1.TNB
    2.Qatar Nebras Power
    3.China General Nuclear Power Group
    3) Syarikat Qatar & China kini telah bergabung menjadi satu konsortium utk memenangi tender EDRA bagi penjanaan 5 power station dalam negara dan juga luar negara.
    4) Untuk membolehkan syarikat Qatar & China membeli EDRA, kerajaan telah mengubah dasar pegangan ekuiti asing dengan memberi kebenaran pemilikan 100% dalam penjanaan tenaga (power station).
    5) Hal ini samalah seperti menyerahkan perniagaan bekalan elektrik negara kepada pihak asing dari luar negara.
    Nota
    Untuk perbandingan record – syarikat Qatar & China ini adalah syarikat gergasi dunia dlm industri bekalan elektrik berbanding TNB. Ini samalah mcm tentera Malaysia melawan tentera china + qatar.
    Tidak akan ada kesan segera (instant) yg akan kita lihat dari projek ini jika pihak asing berjaya memenangi tender.
    Kesannya akan mula dilihat setelah setahun dan seluruh power station milik EDRA beroperasi.
    Penjanaan tenaga adalah nadi jantung TNB. Bila penjanaan tenaga diambil alih oleh pihak asing maka nadi TNB lambat laun akan terhenti.
    Kesan sampingan yg bakal dilihat adalah kejatuhan nilai saham TNB sebab pelabur akan hilang keyakinan TNB adalah pelaburan yg selamat.
    Perjuangan dlm isu ini lebih terarah utk generasi masa depan TNB yg akan bersara 5 tahun keatas.
    Namun kesan2 keputusan ini bakal menyekat pelbagai faedah termasuk bonus, kenaikan gaji, faedah perubatan, ot dll tuntutan sbb syarikat TNB terpaksa potong budget nya bila terpaksa beli tenaga dari power station Edra (jika syarikat asing milikinya)
    Ianya samalah spt dulu TNB dipaksa beli dari IPP dlm negara ttp selepas ini TNB kena beli dari IPP milik negara asing di dlm negara sendiri.
    Saya baru sahaja dihubungi oleh Presiden K3P, En Abu Husin, dan beliau memohon untuk kita semua, staff tnb 1 Malaysia mengadakan solat hajat di pejabat masing2 esok, berkenaan isu Edra ini. Beliau sedang berbincang dengan pengurusan atasan, dan akan memberikan kata putus pada malam ini, berkenaan perkara ini.
    Proses Gadai Negara baru nak bermula. Berbahagialah para pyokong Umno-BN…
    Slps IPP… kini org asing. Atau ada sape2 blh bantah kenyataan ini?
    Saya memberi amaran tahap “RED ALERT” kepada semua rakyat Malaysia.pekerja TNB dan mereka yang terlibat dalam industri bekalan ekektrik negara.
    TNB bakal menerima nasib yang sama dengan MAS jika semua pihak termasuk Kesatuan Persatuan TNB terus membisu dalam isu ini.
    Dalam kes MAS – kerajaan memansuhkan Akta MAS dan menggantikan dengan Akta MAS baru yg memberi laluan kepada entity baru (MAB) mengambilalih industri penerbangan negara. Kesannya ialah 6000 pekerja dibuang kerja dan MAS dilindungi dari tindakan undang2 dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas semua liability nya.
    Kini modus operandi yang hampir sama digunakan kerana mahu memansuhkan Dasar Pegangan Had Maksimum Ekuiti Asing sedia ada iaitu 49% (Asing) & 51% (tempatan) dalam industri Bekalan Elektrik Negara dengan membenarkan Syarikat Asing menguasainya 100% !!!
    Tindakan ini akan menyebabkan Syarikat Asing akan dibenarkan oleh Dasar dan Undang2 negara untuk menguasai sepenuhnya Industri Bekalan Elektrik lantas membunuh syarikat milik rakyat iaitu TNB! Hal ini akhirnya akan menyebabkan TNB bakal menerima nasib yang sama dengan MAS dan rakyat menanggung kesusahannya kerana pihak asing yg menguasai penjanaan tenaga elektrik
    akan mempunyai kuasa untuk mempengaruhi & menentukan harga elektrik negara.
    Bayangkan apabila syarikat asing sudah menguasai industri ini – Apakah bakal berlaku kepada semua pihak yg ada kepentingan dengan TNB termasuk rakyat, pekerja, pesara, pembekal dan semua yg berkaitan. Apakah jaminan pekerjaan & segala faedah dalam perkhidmatan masih wujud? Kesah tragik pekerja MAS perlu menjadi tauladan semu pihak.
    TNBJOU amat terkejut membaca kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA), Datuk Seri Maximus Ongkili yang dilaporkan Utusan Malaysia bertarikh 5 November 2015 bahawa ada cadangan untuk membenarkan 1MDB melupuskan semua aset IPPnya kepada syarikat yang dimiliki 100% oleh negara asing.
    Ini bertentangan dengar dasar kerajaan sedia ada bahawa had ekuiti maksimum pemilikan asing yang dibenarkan bagi aset-aset penjanaan elektrik di negara ini ialah 49% (bagi memastikan majority iaitu 51% masih dikawal syarikat tempatan).
    Kenyataan Datuk Seri Maximus Ongkili itu mengiyakan desas desus bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup membatalkan peraturan had pemilikan asing itu demi membantu 1MDB mendapatkan harga bidaan yang lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
    TNBJOU memuji pendirian dan tindakan berani Datuk Seri Maximus Ongkili yang secara terbuka menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan membuka sektor elektrik negara kepada syarikat yang 100% dimiliki pegangan asing.
    Fikirkan bersama demi masa depan TNB dan generasinya.
    (Ini BUKAN posting politik tetapi ianya posting tentang survival TNB & kita semua)
    Kenyataan Rasmi
    Mohd Roszeli Majid
    Presiden
    Tenaga Nasional Junior Officers Berhad

  2. Kepada ahli umno/BN yang ada lemah jantung tidak digalakkan membaca fakta di bawah kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kematian mengejut. Di bawah ini adalah fakta secara ringkas mengenai kedurjanaan yang telah dilakukan oleh umno/BN; TPPA adalah bentuk penjajahan baru oleh Amerika terhadap Malaysia. Hutang negara RM700 billion. Kerajaan umno belum bayar hutang royalti minyak kepada Kelantan sebanyak RM10 bilion menyebabkan Kelantan antara yg termiskin berdasarkan statistik jabatan umno Malaysia. Kerajaan umno pusat telah menyekat usahawan-usahawan besar untuk membuka syarikat di Kelantan termasuk loji pendaratan minyak petronas sejak sekian lama dan menyebabkan peluang pekerjaan menjadi kurang dan tidak dapat maju seperti negeri lain. umno melakukan jenayah kewangan melalui 1MDB dengan berhutang RM42 bilion dan melalui tabung haji dengan membeli tanah TRX 1.5 ekar dengan harga RM188 juta. Hutang kroni jual lembu dalam kondo RM200 juta belum bayar. Khazanah Nasional buang beribu-ribu pekerja MAS. Pembunuhan Altantuya yg melibatkan komisen kapal selam RM500 juta dan pembunuhan pengasas Ambank yg melibatkan perpindahan wang RMbilion dan pembunuhan Kevin ada kaitan dengan kepimpinan negara. MAS adalah kepunyaan umno Islam tetapi hidangkan air syaitan di dalam kapal terbang menyebabkan Kapal terbang hilang dan meletup. GST dan tol untuk tanggung hutang-hutang yg disebut di atas dan beli jet mewah. Tali barut British sama-sama menangkap dan membunuh Tok Janggut yang menentang cukai haram yang dikutip oleh penjajah British. Rasuah penguatkuasa di sempadan Malaysia berleluasa menyebabkan dadah, pemerdagangan manusia, pelacur, mercun dan senjata api mudah dibawa masuk. Hudud tidak mahu dilaksanakan sebab rakyat masih miskin tapi hukum gantung sampai mati menggelupur dan sebat sampai pengsan tetap dilaksanakan sebab setia kepada penjajah british. Penentangan terhadap hukum Hudud telah dipelopori oleh umno, MIC, MCA, dan akhirnya ditentang sama oleh DAP laknatullah. Selagi mana DAP menentang pelaksanaan Hudud selagi itulah pemimpin umno/BN akan merompak duit rakyat dengan sewenangnya dan selagi itulah Dato Anwar tidak akan dapat pembelaan yang adil selamanya. Kos Isteri pm gunting rambut sebanyak RM1200 untuk satu sesi. Bagaimana kerajaan umno kata barang turun harga sedangkan dapat hasil tambahan dari GST. Kerajaan Umno menjual maruah Islam dengan menggalakkan atlet Islam berpakaian separuh bogel dalam pertandingan. Ringgit Malaysia semakin lemah ( AS$1 = RM4.30 )dan Malaysia sedang menuju kemunduran. RM sudah tidak laku di Thailand. RM2.6 bilion adalah duit rasuah digunakan untuk membeli undi dan membeli Adun pembangkang dan memang ramai pemimpin umno yang amal rasuah. Jika najib mati maka parti tidak dapat tuntut RM2.6 bilion tersebut kerana ia berada dalam akaun peribadi. Sesiapa yg ada bukti penyelewengan 1MDB akan ditangkap termasuk pegawai SPRM. Tan Sri Zeti adalah sasaran seterusnya kerajaan umno. Tun M kata kalau bangsat (najib) itu pergi maka kita tidak bangsat. Syabas kepada umno kerana berjaya ditunggangi oleh MCA yang telah meluluskan resolusi menentang pelaksanaan Hudud dalam mesyuarat agung mereka baru-baru ini. Untuk pengetahuan tuan-puan fakta-fakta di atas tidak akan didedahkan oleh media arus perdana pro umno seperti utusan meloya, berita hairan, dan TV3 suku. Semua fakta di atas boleh diperolehi di dalam akhbar Harakah, Keadilan, Malaysiakini, dan Astroawani. Adakah rakyat masih lagi mahu menyokong umno yang sudah korup dan bodoh itu kerana sentiasa ditunggangi oleh bangsa kafir yang menolak Hudud?

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.