Jualan aset negara secara besar-besaran oleh rejim PH sudah bermula

Dilaporkan bahawa FELCRA berhasrat menjual projek Menara Felcra yang sudah 50 peratus siap.

Projek ini yang terletak di lokasi strategik di Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak) berdekatan dengan KLCC adalah pembangunan bercampur termasuk sebuah menara pejabat 35 tingkat, sebuah menara kediaman 43 tingkat dan pusat konvensyen antarabangsa yang kesemuanya meraih nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.1 bilion apabila siap tahun depan.

Menara FELCRA ini dilancarkan oleh saya pada tahun 2015 sebagai mercu kejayaan dan kebanggaan FELCRA serta mampu menjana serta memberi keuntunggan dan pulangan fiskal kepada FELCRA setiap tahun.

Menara kediaman 43 tingkat itu yang dikenali sebagai Semarak 20 Residency sudah mencapai 50% penjualan sejak awal tahun ini dengan harga penjualan yang lebih rendah berbanding projek pembangunan di lokasi itu.

Jumlah pelaburan FELCRA untuk projek ini ialah RM550 juta dan mereka bakal mendapat keuntungan RM550 juta apabila projek siap pada tahun depan.

Agak mengecewakan apabila pengerusi FELCRA berkata mereka terpaksa menjual projek itu bagi mendapatkan balik modal dalam memastikan aliran tunai yang sihat ekoran ekspot dan harga minyak sawit yang rendah hari ini kerana kerajaan tidak lagi membiayai FELCRA.

Oleh itu, FELCRA sedang berunding dengan beberapa pihak pembeli dari dalam dan luar negara bagi merealisasikan penjualan projek ini.

Mungkin kerajaan PH boleh pertimbangkan semula untuk membantu FELCRA supaya mereka ada peluang untuk meraih keuntungan berpanjangan dari aset berpotensi ini dan bukan setakat mendapat balik modal mereka sahaja?

Facebook Najib Razak


……………..

Tambahan:

Soalannya ialah, jual kepada siapa?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/487976/menara-felcra-akan-dijual

Strange… the apartment part of the FELCRA development already achieved a take-up rate of 45% as of early this year.

So, why is FELCRA selling it now?

http://www.theedgemarkets.com/article/semarak-residence-records-45-takeup-rate

Terbaik!!! Dulu sibuk tuduh Kerajaan BN nak jual kedaulatan Negara bila Malaysia menjalinkan kerjasama dengan pelabur dari China.

Tapi lepas dapat kuasa, Rejim Pakatan Hancing tu bagi pulak pelabur dari China miliki hartanah di Malaysia dengan alasan nak tarik pelabur asing.

Sekarang habis aset dalam Negara pulak yang nak dijual. Satu persatu nak digadaikan oleh Rejim Pakatan Hancing ni. Mula-mula Felda. Sekarang Felcra pulak.

Alasannya sebab nak menanggung hutang Negara. Dalam tak sedar, semua aset yang nak digadaikan tu ada kaitan dengan orang Melayu. Baik Felda mahupun Felcra.

Nak harapkan diorang menjaga kebajikan rakyat terutama dikalangan orang Melayu memang tidak la. Terang-terangan diorang nak hapuskan hak orang Melayu. Habis semua bantuan kebajikan dihapuskan.

Dalam erti kata lainnya, kerja Rejim Pakatan Hancing ni lepas dapat kuasa hanya sekadar nak menghakiskan harta orang Melayu satu persatu supaya Melayu di Malaysia ni semuanya merempat belaka!!!