Juara Euro 2016 Tewaskan Perancis 1-0 - pakdin.my

euro 2016 portugal juara

PORTUGAL berjaya merangkul trofi Kejuaraan Eropah (Euro) 2016 buat kali pertama selepas menewaskan tuan rumah Perancis pada aksi akhir di Stade de France awal pagi Isnin.

Bekas penyerang Swansea, Eder menjadi hero Portugal selepas menjaringkan gol tunggal pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan gagal mencatat sebarang keputusan dalam tempoh permainan sebenar.

Ronaldo menjulang trofi Kejuaraan Eropah 2016 yang menjadi milik Portugal.

Pemain gantian itu menewaskan penjaga gol dengan sepakan padu yang mengelirukan Hugo Lloris.

Tendangan Eder yang membawa kemenangan kepada Portugal.

Namun kemenangan itu dikongsi kapten Portugal Cristiano Ronaldo dari luar padang setelah terpaksa dikeluarkan gara-gara kecederaan di lutut selepas bertembung dengan Dimitri Payet.

Biarpun tanpa ‘ayam tambatan’ Portugal itu, anak buah Fernando Santos terus beraksi dengan baik menghalang percubaan berbahaya oleh penjaring terbanyak kejohanan, Antoine Griezmann daripada bolos ke arah gol.

Pemain Perancis gagal menahan kesedihan selepas tewas 1-0 kepada Portugal.

Penjaga gol Portugal, Rui Patricio dipilih sebagai Man Of The Match selepas tampil cemerlang menyelamatkan gawang pada aksi akhir ini.

Senarai pemain:

Portugal: Rui Patricio, Cedric, Pepe, Fonte, Guerreiro, William Carvalho, Renato Sanches, Adrien Silva, Joao Mario, Nani, Ronaldo. (simpanan): Lopes, Bruno Alves, Carvalho, Joao Moutinho, Eder, Vieirinha, Andre Gomes, Rafa, Eliseu, Quaresma, Eduardo, Danilo Pereira.
Pengurus: Fernando Santos
Perancis: Lloris, Sagna, Koscielny, Umtiti, Evra, Sissoko, Pogba, Matuidi, Payet, Griezmann, Giroud. (simpanan): Mandanda, Jallet, Rami, Kante, Cabaye, Gignac, Martial, Schneiderlin, Mangala, Digne, Coman, Costil.
Pengurus: Didier Deschamps
Pengadil: Mark Clattenburg (England)

UTAMAJuara Euro 2016 Tewaskan Perancis 1-0

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium