28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Jufazli dilepaskan dari lokap, kemudian ditahan semula

Kuala Lumpur : Aktivis Jufazli Shi Ahmad yang baru dilepaskan dari lokap dengan jaminan polis di IPD Dang Wangi tengah hari tadi, ditahan semula oleh pihak polis.

Peguam beliau, Syed Amirul yang berkata tahanan reman 5 hari yang diperoleh pihak polis berakhir hari ini.

“Tahanan reman lima hari itu sepatutnya tamat hari ini. Semalam saya berhubung dengan IO kes ini dan beliau memaklumkan hari ini boleh datang (untuk Jufazli dibebaskan) kerana ingin memberikan jaminan polis sementara menunggu pertuduhan. Saya hadir bersama rakan kongsi saya Azri Arif, beserta keluarga Jufazli termasuk kakak, adik lelaki dan abang ipar beliau.” – kata Syed Amirul

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Jufazli dilepaskan, pihak polis dari Bukit Aman telah bertindak menahan beliau semula di perkarangan IPD Dang Wangi.

Tambah Syed Amirul lagi, Jufazli disiasat di atas dua akta iaitu Seksyen 504 kanun keseksaan dan Seksyen 233 akta Komunikasi dan Multimedia untuk kedua-dua penahanan.

Ditanya apakah tindakan selanjutnya oleh pihak peguam, Syed Amirul berkata beliau akan membantah permohonan reman yang akan didengar esok di IPD Dang Wangi.

Pada Sabtu lalu, Jufazli ditahan di rumah kakaknya dekat Cheras pada awal pagi, di mana penahanannya itu disiarkan secara langsung melalui akaun facebooknya.

Video tersebut tular di media sosial yang setakat ini mendapat lebih 10k perkongsian dan 784k paparan.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan