31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Jumlah Kes Rotavirus Di Perak Terus Meningkat Dipercayai Akibat Air Tercemar.

.

Jumlah kes jangkitan Rotavirus di Perak dilaporkan terus meningkat.

Sehingga lewat petang tadi, jumlah mangsa meningkat kepada 2,544 orang berbanding 2,246 semalam.

Punca virus itu merebak dipercayai akibat air tercemar.

Sebanyak 111 kes baru dilaporkan di daerah Hilir Perak hari ini.

Daripada jumlah itu, lapan mangsa masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Jumlah terkini mangsa disyaki menghidap cirit-birit, muntah, demam, sakit kepala dan hilang selera makan disebabkan jangkitan Rotavirus di daerah itu kini seramai 1,636 mangsa.

Mangsa terbaru ialah seorang bayi berusia 11 bulan dikejarkan ke Hospital Tapah, jam lima petang tadi manakala di Batang Padang, 40 kes baru dikesan menjadikan keseluruhan kes kepada 908.

DATUK DR MAH HANG SOON/EXCO PERAK
“Kita sentiasa mengambil berat tentang dari segi pencegahan kawalan dan rawatan penyakit ini sekali lagi saya nak tekankan orang ramai akan supaya memastikan air itu dimasak sebelum diminum.”

Tambah beliau, bagi mengesan punca merebak Rotavirus, penyelidikan rapi sedang dilakukan termasuk mengambil sampel dari lima kawasan utama di dua daerah terbabit.

Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Lembaga Air Perak juga sedang menjalankan ujian terhadap air dari kawasan itu.

Keputusan ujian dijangka diperolehi dalam tempoh 48 jam.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.