Jumlah korban bot karam meningkat 18 orang - pakdin.my

20160920-bot-karam-chao-phraya

Angka korban bot karam di sungai Chao Phraya Ahad lalu meningkat kepada 18 orang manakala sekurang-kurangnya 12 yang lain masih hilang, kata pegawai penyelamat.

Bot dua dek itu membawa lebih 100 warga Islam yang sedang bercuti ketika ia tenggelam petang Ahad lalu di sungai Chao Phraya 80 kilometer di utara Bangkok.

Bot yang dipandu secara melulu itu melanggar konkrit tebing sungai dan dimasuki air sebelum tenggelam dalam masa kurang daripada dua minit hanya beberapa meter dari tebing sungai.

Hingga petang semalam, pasukan menyelamat berjaya menemui 18 mayat, kata seorang pegawai Jabatan Laut.

Sebahagian mayat ditemui di dalam bot, manakala yang lain hanyut ke hilir.

Selain jumlah kematian dan kehilangan yang dicatatkan, 44 yang lain cedera.

Seorang pegawai Jabatan Pelabuhan, Surasak Sansombat, dipetik sebelum ini oleh televisyen ThaiPBS sebagai berkata, kapasiti bot yang disenaraikan adalah 50 penumpang dan ia mungkin tenggelam akibat terlebih muatan.

“Ramai penumpang cuba melompat keluar dari bot dan berenang ke darat, kira-kira tiga hingga lima meter dari bot karam,” kata seorang mangsa, Annop Kudeephan.

UTAMADUNIAJumlah korban bot karam meningkat 18 orang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium