27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Jumlah Mangsa Banjir Yang Dipindahkan Di Perlis Meningkat Malam Tadi

Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (duduk kanan) memerhatikan Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (duduk, dua kanan) yang berkenan mendukung bayi mangsa banjir, Mohd Khairul Akmal Mat Desa, 2 bulan ketika mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat penempatan banjir Titi Tinggi dekat sini, hari ini

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di Perlis terus meningkat malam ini kepada 694, daripada 178 keluarga.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis, berkata, mereka ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan dan sebahagian besar mereka adalah mangsa-mangsa di kawasan Kangar.

Menurutnya, walaupun cuaca cerah hari ini namun paras air di Kangar telah meningkat menyebabkan 384 mangsa daripada 90 keluarga dipindahkan ke sembilan buat pusat pemindahan sehingga pukul 8 malam Isnin.

Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah masih ditenggelami air ketika tinjauan

Bagi kawasan Arau sebanyak 272 mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di empat buah pusat pemindahan manakala di Padang Besar banjir mulai surut dengan beberapa pusat pemindahan telah ditutup.

Pada masa ini, hanya 38 mangsa daripada sebelas keluarga masih berada di sebuah pusat pemindahan banjir di Padang Besar.

Sementara itu, sebanyak 4,594 calon di negeri ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti biasa selama tiga hari mulai esok di 75 pusat peperiksaan meskipun banjir melanda.

Pengarah Pelajaran Negeri, Don Kasa berkata pihaknya sudah merangka kaedah untuk membolehkan calon-calon menduduki ujian itu termasuk menyediakan kenderaan bagi membawa mereka ke sekolah.

Banjir di Perlis semakin buruk.

516 mangsa dipindahkan petang tadi berbanding 300 orang sebelum itu.

3 daerah terjejas, Kangar, Padang Besar dan Arau sejak Sabtu lalu.

Paling teruk di Padang Besar dengan 265 mangsa dari 63 keluarga dipindahkan.

Diikuti Arau, 192 mangsa dari 45 keluarga.

Manakala di Kangar, 59 mangsa dari 17 buah keluarga dipindahkan.

13 pusat pemindahan dibuka, masing-masing 6 di Padang Besar, 4 di Arau dan 3 di Kangar.

Jalan utama Batas Liku ke Arau pula ditutup kepada semua kenderaan ringan.

2 buah sekolah di Padang Besar iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Melangit dan Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah turut ditutup.

Manakala pelajar di 2 buah sekolah lagi diarah pulang awal pagi tadi berikutan paras air makin naik.

DSP Che Man Md Derus, Ketua Polis Daerah Padang Besar: “Nasihat saya, penduduk hendaklah mengikut arahan pihak berkuasa dan juga pihak yang menjalankan kerja menyelamat.”

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan