Wednesday - August 4, 2021 @ 08:05
BERITANASIONALJumlah Pelajar Catat Semua A Dalam PMR Merosot

Jumlah Pelajar Catat Semua A Dalam PMR Merosot

Pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun
BERJAYA… Pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun bersorak kegembiraan selepas berjaya meraih keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan PMR 2012 di Ipoh, Perak

PUTRAJAYA: Jumlah pelajar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran dalam ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini merosot berbanding tahun lalu.

Seramai 30,474 daripada 440,643 calon yang menduduki peperiksaan itu mencatat gred A bagi semua matapelajaran, menunjukkan penurunan sebanyak 0.85% berbanding 2011.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin berkata keputusan itu perlu dianalisis dengan lebih lanjut untuk menjelaskan mengenai kemerosotan tersebut.

“Sama ada ia adalah prestasi keseluruhan atau pelajar cemerlang dalam mata pelajaran individu, kita perlu melakukan kajian secara menyeluruh untuk menerangkan pencapaian para pelajar,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan itu disini pada Rabu.

Sementara itu, hanya 241 calon memperoleh keputusan gred E dalam semua mata pelajaran berbanding 346 calon tahun lalu.

SYUKUR... Faiq Safwan melakukan sujud syukur setelah berjaya memperolehi 8A dalam keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Sultan Alam Shah
SYUKUR… Faiq Safwan melakukan sujud syukur setelah berjaya memperolehi 8A dalam keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Sultan Alam Shah

++++++

+++++
Cacat Penglihatan Tidak Halang Kejayaan Cemerlang

Bagi seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St. George, Pulau Pinang, masalah penglihatan tidak menghalangnya mencatat kejayaan cemerlang.

Chew Sui Teng berjaya mendapat 6A dan 1B.

Menurutnya, keputusan yang dicapainya adalah di luar jangkaan.

Sui Teng memperuntukkan tiga jam sehari untuk mentelaah pelajaran.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here