Jumpa mayat di longkang dekat Kampung Orang Asli Gerachi, Kuala Kubu Bharu - pakdin.my

Kampung Gerachi, Pertak, Kuala Kubu Bharu.
Kampung Gerachi, Pertak, Kuala Kubu Bharu.

HULU SELANGOR – Mayat seorang lelaki ditemui terperosok didalam sebuah longkang besar di Perkampungan Orang Asli Gerachi, Kuala Kubu Bharu, Selangor hari ini.

Sumber polis memberitahu, mayat pemuda dikenali sebagai Azman Achang, 21 dijumpai seorang pemuda Orang Asli dari kampung terbabit yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.

Jelasnya, menyedari penemuan tersebut, pemuda itu, Nizam Johar, 18, bergegas membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Kuala Kubu Bharu, pemeriksaan lanjut dan disahkan telah meninggal dunia.

“Namun sebelum mayat mangsa tersebut ditemui, saksi memaklumkan kepada pihak polis bahawa mangsa sebelum itu dilihat berada dalam keadaan mabuk dan kemungkinan besar terjatuh dilongkang ketika ingin membuang air kecil,” katanya di sini.

Sumber berkata, kesemua rakan-rakan mangsa termasuk saksi telah dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

Katanya, pihak polis telah melakukan siasatan terhadap Tok Batin kampung berkenaan dan beberapa saksi lain yang sebelum ini didapati pernah terlibat dalam satu pergaduhan bersama mangsa di satu majlis perkahwinan.

“Berdasarkan siasatan awal yang dilakukan di tempat kejadian dan keterangan saksi didapati tiada unsur jenayah dan kes telah di klasifikasi sebagai mati mengejut,” jelasnya lagi.

UTAMAPOLITIKJumpa mayat di longkang dekat Kampung Orang Asli Gerachi, Kuala Kubu Bharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium