Monday - August 2, 2021 @ 05:05
BERITANASIONALJumpa rangka dalam bungkusan di Bukit Beruntung

Jumpa rangka dalam bungkusan di Bukit Beruntung

Anggota forensik menyiasat tulang yang ditemui dalam bungkusan kain di sebuah bengkel komponan kereta.
Anggota forensik menyiasat tulang yang ditemui dalam bungkusan kain di sebuah bengkel komponan kereta.

BUKIT BERUNTUNG – Kejam! Itu sikap penjenayah yang tergamak membunuh dan mengerat mangsanya sebelum disumbat ke dalam saluran najis dan ditutup dengan konkrit.

Mangsa yang dipercayai wanita berdasarkan penemuan baju dalam, hanya ditemui tinggal rangka tulang tanpa cebisan daging dan kepala.

Bungkusan kain lusuh itu ditemui seorang pekerja bengkel komponen kereta di sebuah bangunan perindustrian di Jalan Jejarum, Seksyen BB9 di sini, semalam.

Menurut saksi, Nirahim Mohamad, 28, dia terkejut apabila menemui bungkusan tersebut ketika sedang membersihkan saluran kumbahan di belakang bengkel yang baru seminggu beroperasi.

“Lebih kurang jam 10 pagi, saya bersama rakan lain mahu membersihkan saluran kumbahan di belakang bangunan ini untuk diubahsuai menjadi ruang bengkel lebih luas.

“Ketika mahu membersihkan saluran kumbahan itu, kami nampak saluran itu bertutup dengan simen konkrit, jadi terpaksa kami pecahkan tapi saluran itu dipenuhi tanah serta pasir.

“Ketika bersihkan lapisan tanah itu saya jumpa serpihan tulang tapi ingatkan tulang ayam hanya selepas itu nampak ada bungkusan, jadi saya keluarkan dan bila buka nampak tulang serta baju dalam wanita,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, rangka itu dipercayai hanya bahagian rusuk, pinggul, lengan dan paha tanpa tengkorak kepala.

Katanya, dia segera memanggil rakan lain sebelum memaklumkan kepada polis.

Nirahim berkata, mereka baru beroperasi seminggu lalu dan tidak menyangka menemui rangka manusia dalam saluran kumbahan.

“Sebelum kami beroperasi di sini, bangunan ini dimiliki orang lain dan difahamkan dalam tempoh itu mereka memang tidak pernah menggunakan tandas kerana tersumbat.

“Tapi bila ambil alih tempat ini, kami cadang mahu luaskan dan baiki tandas sedia ada untuk digunakan. Tapi tidak sangka jumpa tulang manusia,” katanya.

Menurutnya, selain penemuan tulang tersebut, seorang pekerja bengkel turut menemui bantal dan tikar di siling bangunan bersebelahan tandas yang berkemungkinan ada kaitan dengan mangsa berdasarkan kesan tompokan warna merah pada kain bantal tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis tidak memberi pengesahan mengenai kesahihan kaitan tikar dan bantar tersebut.

Coli lusuh turut dijumpai

Polis percaya jantina tulang manusia dalam bungkusan kain oleh sepekerja bengkel komponen kereta adalah perempuan berdasarkan penemuan baju dalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Bharu, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, siasatan mengenai penemuan tulang itu masih dijalankan dan bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh.

“Pemeriksaan forensik di tempat kejadian mendapati terdapat tulang manusia dipercayai perempuan berdasarkan coli lusuh berwarna kelabu di dalam bungkusan tersebut.

“Terdapat tulang sendi lutut, tulang sepanjang lebih kurang 1.2 meter serta beberapa tulang kecil dalam kain pelekat di hantar ke HSB untuk bedah siasat,” katanya.

Semalam, pengusaha industri di Jalan Jejarum gempar apabila seorang pekerja bengkel komponen kereta di kawasan itu menemui bungkusan kain berisi tulang manusia dalam saluran najis.

Bungkusan itu ditemui ketika pekerja terbabit melakukan pembersihan saluran kumbahan di premis yang baru seminggu dibuka.

Sementara itu, Norel berkata, berdasarkan laporan polis dibuat pengusaha bengkel tersebut penutup saluran kumbahan itu telah hilang namun
bertutup simen konkrit.

Menurutnya, pekerja bengkel terpaksa memecahkan konkrit untuk membersihkan saluran kumbahan sebelum menemui bungkusan tersebut.

“Pihak berkuasa belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here