HULU SELANGOR: Wanita warga asing ditemui cedera dalam longkang di Jalan Jejarum 1C dekat sini, 9.30 pagi tadi dipercayai disamun sebelum dicampak di kawasan itu.
Mangsa dikenali sebagai Tatyana, 23, mengalami patah tulang belakang selepas mendakwa ditolak ke dalam longkang oleh pemandu teksi yang menyamunnya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mangsa dipercayai dari Kuala Lumpur menaiki teksi sebelum disamun dan dibawa ke kawasan itu.
“Mangsa dalam keadaan mabuk dan keluar dari sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur hendak balik ke rumahnya di Residance Kuala Lumpur.
“Mangsa menaiki teksi merah berhampiran dengan pusat hiburan itu sebelum beg tangannya diambil dan ditolak keluar di lokasi tidak diketahui.
“Selepas itu, mangsa cuba mengejar teksi itu namun tidak dapat.
“Teksi itu dikatakan berpatah balik dan pemandunya menolak mangsa hingga mangsa terjatuh ke dalam longkang,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Jumpa wanita cedera dalam longkang di Bukit Beruntung https://t.co/tUkKdX2NWy https://t.co/4UpkInPY2z
Jumpa wanita cedera dalam longkang di Bukit Beruntung https://t.co/K2OkaM3m8K
Jumpa wanita cedera dalam longkang di Bukit Beruntung https://t.co/wtcvutfTwN
Jumpa wanita cedera dalam longkang di Bukit Beruntung https://t.co/DwUwbQELrr
Jumpa wanita cedera dalam longkang di Bukit Beruntung: HULU SELANGOR: Wanita warga asing ditemui cedera dalam… https://t.co/oNcjWunC3G
MrNaz Mrnaz liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Dolhan Elias Real liked this on Facebook.
Md Noor liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.