Jumpa wanita cedera dalam longkang di Bukit Beruntung - pakdin.my

wanita cedera dalam longkang bukit beruntung

HULU SELANGOR: Wanita warga asing ditemui cedera dalam longkang di Jalan Jejarum 1C dekat sini, 9.30 pagi tadi dipercayai disamun sebelum dicampak di kawasan itu.

Mangsa dikenali sebagai Tatyana, 23, mengalami patah tulang belakang selepas mendakwa ditolak ke dalam longkang oleh pemandu teksi yang menyamunnya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mangsa dipercayai dari Kuala Lumpur menaiki teksi sebelum disamun dan dibawa ke kawasan itu.

“Mangsa dalam keadaan mabuk dan keluar dari sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur hendak balik ke rumahnya di Residance Kuala Lumpur.

“Mangsa menaiki teksi merah berhampiran dengan pusat hiburan itu sebelum beg tangannya diambil dan ditolak keluar di lokasi tidak diketahui.

“Selepas itu, mangsa cuba mengejar teksi itu namun tidak dapat.

“Teksi itu dikatakan berpatah balik dan pemandunya menolak mangsa hingga mangsa terjatuh ke dalam longkang,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITAJumpa wanita cedera dalam longkang di Bukit Beruntung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium