29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Jurulatih Bola Sepak Negeri Sembilan Dituduh Rasuah

Jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Seksyen di sini, Isnin. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan di antara 19 hingga 22 April lepas. Yusarman di bawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan

SEREMBAN: Jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan antara 19 hingga 22 April lepas.

Sebelas pemain terbabit ialah D. Adrian, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Muhammad Zaidi Othman, Mohamad Yatim Abdullah, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Norhairi Abd Rahman, Muhammad Rizqi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid dan Mohd Hafiz Mohd Nor.

Yusarman dituduh memberi suapan antara RM200 hingga RM2,000 kepada pemain pasukan itu.

Ia sebagai dorongan supaya mereka membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21 April lepas.

Sebelas daripada pertuduhan itu dilakukan di Pusat Komersial Cempaka, Taman Cempaka, Senawang dekat sini pada 5 petang 22 April lepas, manakala sembilan pertuduhan dilakukan di tempat yang sama pada 9 malam 19 April lepas dan satu pertuduhan dilakukan di sekitar Seremban pada 10 malam hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Asri Abdul Rahman Sidik dan dibantu Jasmi Buang manakala Yusarman diwakili peguam Mohd Nor Hisham Hussain.

Hakim Datin Nursinah Adzmi membenarkan Yusarman diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan kes

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan