Jurusolek Artis Terkemuka Ditemui Mati Dengan Tangan & Kaki Terikat - pakdin.my

jurumekap-artis-mati-dibunuhSeorang jurusolek telah ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di sebuah rumah di Lorong Mangga , Kampung Kasipillay, Kuala Lumpur

Menurut sumber-sumber, Othman Hassan, 52, atau lebih dikenali dengan nama Dicky, dipercayai diikat untuk satu tujuan lain.

Turut ditemui di tempat kejadian adalah kondom yang telah digunapakai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kanan Datuk Ku Chin Wah ketika ditemui berkata, polis kini sedang mencari seorang lelaki yang merupakan kenalan mangsa kerana tiada tanda-tanda pintu rumah mangsa itu dipecah masuk.

Beliau tidak menolak kemungkinan orang yang dicari polis itu adalah seorang yang sangat rapat dengan mangsa dan dikenali mangsa.

Mayat Dicky ditemui oleh saudara lelakinya sendiri pada jam 8 malam Selasa iaitu dipercayai 24 jam selepas kematiannya.

Mangsa dipercayai mati akibat kelemasan selepas mulutnya disumbat dengan secebis pakaian.

Siasatan awal mendapati, komputer riba dan telefon bimbit mangsa telah hilang.

UTAMABERITAJurusolek Artis Terkemuka Ditemui Mati Dengan Tangan & Kaki Terikat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium