Juruterbang AirAsia Indonesia #QZ7510 Didapati Positif Ujian Dadah - pakdin.my

airasia-QZ7510-pilot-syaki-ambil-dadah

Seorang juruterbang AirAsia dikenali sebagai FI ditahan oleh petugas Kementerian Perhubungan di Bandara Internasional Ngurah Rai kerana disyaki mengambil dadah melalui penemuan ujian saringan air kencing yang dilakukan secara rambang.

Pegawai Khas Menteri Perhubungan, Hadi M. Djuraid, mengatakan bahwa seorang Juruterbang Indonesia Air Asia dikenali sebagai FI dengan nombor penerbangan QZ7510 dari Bandara Soekarno Hatta ke Bandara Ngurah Rai Bali, didakwa positif dadah jenis morfin.

Penemuan tersebut diperolehi setelah ujian saringan air kencing yang dilakukan di Balai Kesihatan Penerbangan dan Direktorat Kelayakan dan Pengoperasian Pesawat Udara Kementerian Perhubungan di Bandara Ngurah Rai pagi tadi, Khamis 1 Januari 2015.

airasia-QZ7510-jakarta-bali

Pemeriksaan dilakukan sebaik sahaja pesawat berkenaan mendarat jam 08.50 WIT. Juruterbang tersebut dijadualkan akan mengendalikan penerbangan kembali ke Jakarta pada jam 09.20 dengan penerbangan QZ7511.

“Kami melakukan ujian rambang di Bandara Ngurah Rai untuk memastikan semua Juruterbang dalam keadaan sihat dan tidak berada di bawah pengaruh minuman keras dan ubat-ubatan. Kami memeriksa Juruterbang dan dari hasilnya, maklimat diperoleh bahawa Juruterbang itu disyaki positif morfin,” kata Hadi ketika dihubungi.

Atas penemuan tersebut, pihak Kementerian Perhubungan melarang FI untuk mengendalikan penerbangan. Difahamkan Juruterbang itu akan dibawa ke Balai Kesihatan Penerbangan Kementerian Perhubungan di Jakarta.

UTAMADUNIAJuruterbang AirAsia Indonesia #QZ7510 Didapati Positif Ujian Dadah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium