25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Juruterbang MH192, Kapten Nor Adam Azmi Dedah Harungi 4 Jam Detik Cemas

MH192-kapten-nor-adam-azmi-1

Apalagi yang ingin diucapkan selain memanjatkan rasa syukur ke hidrat ilahi, mengharungi detik cemas selama 4 jam berlegar di udara kerana masalah tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas.

Namun masalah ini ditangani dengan tenang oleh Kapten kapal yang bertugas itu Kapten Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang Prakash Kumar.

MH192-kapten-nor-adam-azmi-3

DETIK CEMAS KAPTEN NOR ADAM AZMI

Malah juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam.

MH192-kapten-nor-adam-azmi-2

Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin,” katanya salah seorang saksi Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia.

Penerbangan MH192 dengan 159 penumpang dan 7 kru akan berlepas semula dari KLIA jam 3.30 petang ini dan tiba di Bangalore 5 petang ini.

MH192-kapten-nor-adam-azmi-4

 


MH192 Ke Bangalore Berpatah Balik – MAS sahkan alami masalah peralatan mendarat sebelah kanan


Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke KLIA awal pagi ini kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pengurus Perhubungan Media MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata juruterbang telah dimaklumkan oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada pukul 10.25 malam.

“Oleh kerana keselamatan adalah amat penting bagi Malaysia Airlines, pesawat itu telah diarahkan berpatah balik ke KLIA.

Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) digerakkan sebaik sahaja juruterbang diarahkan berpatah balik ke KLIA oleh OCC,” katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.

Kesemua penumpang akan ditempatkan di hotel-hotel berhampiran dan penerbangan MH192 dijadualkan semula berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang ini dan dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 5 petang hari yang sama, katanya.

Beliau berkata, kesemua 159 penumpang dan tujuh anak kapal telah keluar dari pesawat itu.

Penerbangan MAS MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 Ahad malam ke Bangalore dan mengesan gear mendarat sebelah kanannya tidak berfungsi, menyebabkan ia berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada pukul 1.56 pagi Isnin.

Pesawat itu diterbangkan oleh Kapten Nor Adam Azmi bersama dengan pembantu juruterbang Prakash Kumar.

MEDIA STATEMENT
released at 1.35am/21 Apr 2014

MH192 Incident

Sepang, 21 April 2014: Malaysia Airlines confirms that flight MH192 that departed from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at 10.09pm bound for Bangalore has made an air turn back towards Kuala Lumpur. The aircraft’s right-hand landing gear malfunctioned upon takeoff and is expected to make an emergency landing at KLIA at around 2.00am, today.

Flight MH192, operated on the B737-800 aircraft, was scheduled to arrive in Bangalore at 11.35pm the same day. The flight was carrying a total number of 166 people on board which include 159 passengers and 07 crew members.

Malaysia Airlines is currently working with the Airport Fire Rescue Services (AFRS) in anticipation of the landing.

The airline will provide regular updates on the situation.


MH192 KLIA Ke Bangalore Berpatah Balik – Selamat mendarat di KLIA

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang menuju ke Bangalore, India tetapi berpatah balik kerana dikesan mengalami kerosakan pada roda pendaratan kanan ketika berlepas, selamat melakukan pendaratan cemas di KLIA pukul 1.56 pagi Isnin.

Malaysia_Airlines_Boeing_737-800Perkara itu disahkan oleh MAS melalui laman twitternnya serta satu kenyataan rasmi.

Semua 159 penumpang dan 7 anak kapal juga selamat tanpa sebarang kecederaan dan sudah keluar dari pesawat berkenaan.

Turut memantau dan lega dengan perkembangan MH192 itu ialah pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau terus bergegas ke KLIA bagi menemui para penumpang serta juruterbang dan anak kapal.

Laman sosial Twitter juga pada awal pagi Isnin dipenuhi dengan ucapan syukur serta tahniah kepada juruterbang yang berjaya mengendalikan situasi dengan baik ketika kira-kira tiga jam berlegar di ruang udara Selat Melaka, serta berjaya mendaratkan MH192 dengan selamat.


MH192 KLIA Ke Bangalore Berpatah Balik – Menghadapi Masalah Pada Gear Mendarat

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.09 malam Ahad menuju ke Bangalore, India, telah membuat ‘air turn back’ berpatah balik ke KLIA.

Difahamkan MH192 mengalami masalah dengan peralatan pendaratan (landing gear) apabila tayarnya dikatakan meletup ketika berlepas.

Sehubungan itu pesawat jenis Boeing 737-800 itu dikatakan sedang berlegar di ruang udara Selat Melaka bagi mengurangkan bekalan bahan bakarnya sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA.

MAS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 1.35 pagi Isnin mengesahkan penerbangan MH192 yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam menuju ke Bangalore telah membuat pusingan udara ke arah Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan MAS itu, peralatan pendaratan di bahagian kanan pesawat berkenaan didapati tidak berfungsi ketika berlepas dan ia dijangka membuat pendaratan cemas di KLIA pada kira-kira jam 2.00 pagi, hari ini (Isnin).

Penerbangan MH192 yang beroperasi menggunakan pesawat Boieng 737-800, dijadualkan tiba di Bangalore pada 11.35 malam hari yang sama (Ahad).

Penerbangan itu membawa seramai 166 orang, terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal.

Malaysia Airlines dengan kerjasama Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) kini bersedia menunggu pendaratan cemas dilakukan.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan maklumat terkini berhubung situasi MH192.

 


Laporang secara langsung

Dengan kepayahan terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal – Pilot MH192 B737 berjaya mendaratkan pesawat.
Alhamdulillah.

Cleared direct to GOSMO (13 miles from the runway)…cleared for approach 32L
Ref: http://www.liveatc.net/search/?icao=kul
MH192-landed

Terkini:


Alhamdulillah – MH192 B737 Selamat mendarat

Ketika berita ini dituis pesawat masih berlegar2 sekitar Selat Melaka.

Semuga pesawat berjaya mendarat dengan selamat selepas menghabiskan bahan bakar.

Kedudukan pada 01:17 - Percubaan untuk mendarat
Kedudukan pada 01:17 – Percubaan untuk mendarat

Kedudukan pada 00:50 - Harap kepada kebijaksanaan pilot dan sama2 kita mendoakan keselamatan mereka.
Kedudukan pada 00:50 – Harap kepada kebijaksanaan pilot dan sama2 kita mendoakan keselamatan mereka.

MH192-fligh-radar

MH192-berlegar

Lihat disini http://www.flightradar24.com/MAS192/327a227

 

Koyakan tayar yang ditemui
Koyakan tayar yang ditemui

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...