24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

#Justice4Adib: ‘Adib dalam van ketika jentera FRT berundur’

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim masih berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika jentera Fire Rescue Tender (FRT) berundur sewaktu diserang sekumpulan orang awam.

Pegawai Perubatan yang juga pemandu van EMRS berkenaan, Ahmad Shahril Othman, berkata ketika FRT berkenaan berundur, ia seperti menolak kenderaan dipandunya.

Katanya, ketika itu Muhammad Adib berada di sebelahnya dan mereka masih berkomunikasi.

Ahmad Shahril berkata, sebelum itu beliau nampak seorang lagi anggota pemadaman bernama Hazim turun dari sebelah kanan jentera FRT ke loker di sebelah kiri belakang kenderaan itu.

Beliau berkata, sebelum sempat Hazim menarik hos dari loker itu, beliau diserbu oleh sekumpulan orang awam dan tidak ternampak kelibatnya.

“FRT tidak berapa laju sangat. Saya masih berkomunikasi dengannya (Muhammad Adib).

“Saya cakap ‘lajunya si Hazim’. Dia (Muhamad Adib) tidak jawab.

“Dia tercengang dan tangan kanan pegang papan pemuka hadapan kereta dan tangan kiri diletakkan di pintu van,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah.


Ahmad Shahril, 36, adalah saksi ketiga dalam inkues kematian Muhammad Adib yang didengari di hadapan Koroner Rofiah Mohamad, bermula hari ini.

Terdahulu, Ahmad Shahril memberitahu mahkamah beliau bertugas bersama Muhammad Adib bermula jam 8 malam 26 November 2018 hingga 8 pagi esoknya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu, Rofiah dan pihak yang terbabit dalam perbicaraan inkues itu dijangka melawat lokasi kejadian apabila prosiding bersambung esok.

Rujukan
https://pakdin.my/tag/muhammad-adib

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

  1. Cabar pdrm sekali siasat kes pembunuhan alantuya,dan macam mana sirul boleh berada di Australia, sedangkan sirul dan azilah di jatuhkan hukuman sampai mati..siasat balik…siapa yg mengarahkan azilah dan sirul membunuh alantuya..begitu juga kes adib…siasat secara terperinci kedua dua kes ini…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...