24.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Justo Fail Rayuan Ringankan Hukuman Penjara

1mdb justo kemuka rayuan

BANGKOK: Xavier Andre Justo mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi).

Peguam baharu warga Switzerland itu, Worasit Piriyawiboon memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu dengan dokumen sokongan setebal 59 muka surat, hanya dua hari sebelum tamat tempoh rayuan.

Antara alasan rayuan untuk meringankan tempoh hukuman ialah Justo tidak mengubah suai dokumen-dokumen yang diperoleh daripada PetroSaudi dan ia merupakan kesalahan pertamanya.

Worasit berkata sebarang kerosakan kepada imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana akvitivi pihak ketiga yang mengubah suai salinan dokumen-dokumen yang mereka terima daripada Justo.

“Mereka yang mengubah suai maklumat perlu mengambil tanggungjawab dan menghadapi tindakan undang-undang,” katanya kepada Bernama selepas memfailkan permohonan rayuan di sini.

Memandangkan kesalahan pertama, katanya, Justo tidak seharusnya menjalanani hukuman berat dan sebaliknya memadai dengan hukuman ringan.

“Ia seharusnya hukuman penjara enam bulan atau setahun atau hukuman bersyarat atau hanya dikenakan denda,” katanya.

Worasit berkata tempoh rayuan biasa adalah 30 hari tetapi Justo diberi masa tambahan 30 hari bagi membolehkan beliau sebagai peguam baharu masa untuk menyediakan dokumen-dokumen untuk permohonan rayuan itu.

Sebelum ini, pasukan pembelaan Justo diketuai Pranot Kalanuson.

Mengenai Justo, Worasit berkata anak guamnya telah menyesuaikan diri dalam persekitaran semasa.

“Saya melawatnya di penjara setiap minggu…sudah empat 4 atau lima kali sekarang. Justo kata dia sihat dan mempunyai banyak kawan dan mereka memahami dia serta seorang yang disenangi,” katanya.

Justo, 49, ditahan di rumahnya pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun selepas pegawai PetroSaudi membuat aduan bahawa lelaki itu cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen-dokumen yang dicuri daripada syarikat itu.

Kes Justo menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalinkan antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...