Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita jutaan wang tunai yang dipercayai milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah selepas menyerbu rumah pegawai terbabit.
Terdahulu, gambar rampasan wang tunai yang dirampas tersebut menjadi viral menerusi aplikasi media sosial.
Wang itu dikatakan dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi berakhir lewat petang semalam.
Sumber berkata, pegawai SPRM masih mengira jumlah sebenar wang itu dan penemuan itu dipercayai yang terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.
“Penemuan wang tunai itu mengejutkan SPRM yang tidak menyangka wang belasan juta ringgit milik suspek ditemui di beberapa lokasi,” katanya.
Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka.
Kedua-duanya disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.
Difahamkan, suspek berusia 51 dan 54 tahun itu akan direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, petang ini dan disusuli sidang media Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki.
Jutaan Wang Penjawat Awam Disita SPRM Di Sabah https://t.co/G9I6hXKcih
Jutaan Wang Penjawat Awam Disita SPRM Di Sabah https://t.co/0sm4deDls6
Jutaan Wang Penjawat Awam Disita SPRM Di Sabah: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita jutaan … https://t.co/I6XKnep6wm
Jutaan Wang Penjawat Awam Disita SPRM Di Sabah: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita jutaan … https://t.co/vtpaQOgKt4
Jutaan Wang Penjawat Awam Disita SPRM Di Sabah https://t.co/Aw1MAAuqvL
Azmi Haron liked this on Facebook.
Hamidah Jamaludin liked this on Facebook.
Mohd Nizam liked this on Facebook.