Jutaan Wang Penjawat Awam Disita SPRM Di Sabah - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita jutaan wang tunai yang dipercayai milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah selepas menyerbu rumah pegawai terbabit.

sprm-duitTerdahulu, gambar rampasan wang tunai yang dirampas tersebut menjadi viral menerusi aplikasi media sosial.

Wang itu dikatakan dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi berakhir lewat petang semalam.

Sumber berkata, pegawai SPRM masih mengira jumlah sebenar wang itu dan penemuan itu dipercayai yang terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.

“Penemuan wang tunai itu mengejutkan SPRM yang tidak menyangka wang belasan juta ringgit milik suspek ditemui di beberapa lokasi,” katanya.

Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka.

Kedua-duanya disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.

Difahamkan, suspek berusia 51 dan 54 tahun itu akan direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, petang ini dan disusuli sidang media Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki.

20161005120161005-pengarah_jabatan_air_sabah

20161005120161005-pengrah_jabatan_air_sabah_rasuah

UTAMABERITAJutaan Wang Penjawat Awam Disita SPRM Di Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium