Juventus julang Serie A kesembilan berturut-turut - pakdin.my

MILAN: Jaringan Cristiano Ronaldo dan Federico Bernardeschi membantu Juventus menjulang kejuaraan Serie A kesembilan berturut-turut selepas menumpaskan Sampdoria 2-0, awal pagi tadi.

Walaupun liga Itali masih berbaki dua perlawanan, namun Juventus tidak mampu digugat selepas mengumpul 83 mata – tujuh mata mengatasi pencabar rapat, Inter Milan.

Ronaldo membuka jaringan pada lewat babak pertama di Turin sebelum mencipta gerakan untuk gol kedua yang disempurnakan Bernardeschi pada minit ke-66.

Pemenang Ballon d’Or itu juga gagal menyempurnakan penalti lewat permainan tetapi ia tidak menjejaskan skuad bimbingan Maurizio Sarri untuk mengesahkan kejuaraan ‘Scudetto’ ke-36.

Gelaran itu adalah yang pertama buat Sarri dan melebarkan rekod yang dimulakan Antonio Conte dengan tiga gelaran sejak 2012 dan diteruskan Massimiliano Allegri dengan lima lagi gelaran.

Skuad kendalian Sarri terlepas peluang mengesahkan kejuaraan awal pagi Jumaat lalu apabila tewas 2-1 kepada Udinese. – AFP

UTAMAGAYA HIDUPJuventus julang Serie A kesembilan berturut-turut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium