Kabinet perakui Najib-Pope bertemu, jalin hubungan diplomatik - pakdin.my

Castel Gandolfo

Kabinet telah memberikan perakuan kepada Datuk Seri Najib Razak yang akan mengunjungi Pope Benedict XVI di Rom pada 18 Julai ini dan membincangkan usaha mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua Gereja Roman Katolik itu.

Kabinet telah memperakui kunjungan perdana menteri ke Castel Gandolfo — lokasi Pope Benedict(gambar) akan menghabiskan musim panasnya, selepas Najib secara peribadi menemui delegasi perintis ke Malaysia yang diketuai Ketua Biskop Leonardo Girelli Mei lalu.

Sumber itu juga menjelaskan bahawa ia bukannya lawatan peribadi sebagaimana dilaporkan sebelum ini memandangkan Najib akan diiringi oleh beberapa menteri Kabinet.

Difahamkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, bersama dalam rombongan Najib.

Sumber itu juga berkata dua wakil bukan kerajaan akan menyertai delegasi itu iaitu Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Shukor Husin.

Kunjungan Najib ke Rom adalah sebahagian daripada lawatan beliau ke luar negara kali ini. Beliau mengunjungi Turkmenistan dan ke London untuk bertemu dengan rakan sejawatannya David Cameron.

UTAMABERITAKabinet perakui Najib-Pope bertemu, jalin hubungan diplomatik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium