25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

Kad kahwin Muhammad Adib dan Nurul Najihah mengundang hiba netizen

Tular di media sosial gambar kad undangan perkahwinan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan Nurul Najihah Mohd Radzi.

Tertera pada kad tersebut tarikh sepatutnya pasangan itu ke jinjang pelamin iaitu pada 22 Disember 2018, iaitu Sabtu ini.

Jemputan perkahwinan itu adalah bagi pihak keluarga tunang Allahyarham, Nurul Najihah yang dijadual berlangsung di Alor Setar, Kedah.

Rata-rata komen netizen di Facebook yang berkongsi kad tersebut tidak dapat menahan perasaan sedih dan kesal dengan kejadian yang menimpa Allahyarham.

Nurul Najihah pernah memuatnaik hantaran di laman sosial Facebook mendoakan supaya tunangnya itu terus kuat dan cepat bangun.

Antara luahan netizen:

>“Terharunya..Kad Jemputan kahwin dah siap tapi Allah swt lebih menyayangi allahyarham Muhammad Adib..Al Fatihah

>Kekejaman manusia yg tiada hati perut dan perasaan..

>Tinggal kenangan..kad jemputan kenduri kahwin Muhammad Adib yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini.

>‘KITA MERANCANG ALLAH JUGA MERANCANG..SESUNGGUHNYA ALLAH SEBAIK2 PERANCANG.’

#JUSTICEFORADIB

>Manusia Hanya Merancang, Tuhan juga yang menentukan.

>Ajal, maut dan jodoh semuanya rahsia milikNya.

>Moga Nurul Najihah tabah menghadapi dugaan ini. Redha kanlah pemergiannya. Lepaskan lah dia menemui penciptaNya.

Alfatihah untuk Mohd Adib, moga rohmua ditempatkan bersama roh para syuhada’





LIHAT video:
https://youtu.be/tXDTIHrBlhU

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..