Kadar baru tarif air mungkin diumum hujung tahun, kata Dr Xavier – Hadiah Tahun Baru 2020 - pakdin.my

Kadar baharu tarif air bagi semua negeri kemungkinan diumumkan hujung tahun ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata bagaimanapun perkara itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk dibincangkan.

“Setelah Jemaah Menteri bersetuju dengan kadar baharu ini baru saya akan umumkan kenaikan bagi setiap negeri, kemungkinan pada hujung tahun ini, tetapi saya tidak boleh janji apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Larian Keamanan 2019 di Dataran Pantai Morib di sini hari ini.

Ditanya mengenai peratusan kenaikan tarif air itu, Dr Xavier berkata pihaknya akan memastikan kenaikan itu kelak tidak membebankan rakyat.

“Kita faham situasi rakyat, tetapi pada masa sama yang rakyat perlu faham bahawa industri air sudah lama tidak ada perubahan dan ia memerlukan modal operasi yang besar,” katanya.

https://pakdin.my/tag/tarif-air/

UTAMABERITAKadar baru tarif air mungkin diumum hujung tahun, kata Dr Xavier -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium