Kadar penurunan pakej jalur lebar terlalu rendah

Telcos-in-Malaysia

Langkah enam syarikat telekomunikasi menurunkan pakej jalur lebar disifatkan sebagai tindakan tepat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara digital.

Namun kadar penurunan antara 14 hingga 57 peratus yang hanya melibatkan kos pakej jalur lebar asas untuk perkhidmatan mudah alih dan tetap itu dilihat masih terlalu rendah.

Perkara tersebut disuarakan Presiden Persatuan Pengguna Su­bang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George, yang menyatakan pihaknya menyambut baik tindakan tersebut tetapi berpandangan kadar penurunan itu tidak memberikan impak besar bagi membantu me­ngurangkan beban pengguna.

“Kami mengalu-alukan tindakan ini untuk membantu pengguna namun kadar tersebut perlu disemak semula melihatkan margin keuntungan yang diterima oleh syarikat pembekal jalur lebar.

“Kita juga berharap agar penurunan ini dilakukan atas dasar tanggungjawab nasio­nal tanpa kewujudan sebarang caj tersembunyi yang lain kelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan penurunan harga tersebut yang mempamerkan komitmen kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara digital di samping memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat menerusi pelaksanaan kadar baharu itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pre­siden FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyarankan agar syarikat telekomunikasi mempertingkat kualiti perkhidmatan mereka sejajar dengan harga yang ditawarkan.

“Kualiti perkhidmatan penting terutamanya dari segi liputan pada waktu puncak. Tidak ada gunanya bayaran rendah jika tahap kuali­tinya juga rendah.

“Kerajaan juga perlu mewujudkan lebih banyak kawasan yang menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (WIFI) percuma bagi merealisasikan misi menjadikan Malaysia sebagai negara digital,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here