27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Kadar Tol: Antara “Najis Kering” Peninggalan Terbesar Anwar

Anwar Ibrahim Malaysia complex politician

Masih lagi mengenai isu “kenaikan kadar tol” di sekitar Selangor dan Lembah Klang. Media sosial semalam kecoh apabila didedahkan bahawa Anwar merupakan Menteri Kewangan paling banyak meluluskan pembinaan konsesi lebuhraya yang secara tidak langsung “memaksa” rakyat membayar tol.

Memang telah ditetapkan bahawa kuasa meluluskan pembinaan sesebuah projek lebuhraya terletak di tangan Menteri Kewangan. Perkara tersebut boleh dirujuk pada Seksyen 7(1) Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

Dalam ertikata lain, Menteri Kewangan berkuasa untuk berbincang, mengkaji dan menandatangani perjanjian konsesi pembinaan lebuhraya. Tanpa tandatangan Menteri Kewangan, maka projek lebuhraya tersebut tidak dapat diteruskan. Itu faktanya.


Setelah diteliti, memang benar Anwar Ibrahim dikenal pasti sebagai Menteri Kewangan paling banyak meluluskan konsesi pembinaan lebuhraya bertol di negara kita berbanding bekas Menteri lain seperti Tun Daim Zainuddin atau Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar dikenal pasti meluluskan sebanyak 14 konsesi pembinaan lebuhraya, terutama di sekitar negeri Selangor dan Lembah Klang. Manakala Tun Daim hanya meluluskan 5 konsesi lebuhraya dan Tun Abdullah dengan pembinaan 3 lebuhraya sahaja.

Saya percaya kelulusan yang diberikan Anwar itu dilakukan setelah dia meneliti dan mengambil kira semua terma perjanjian, termasuk kenaikan kadar tol secara berjadual. Kalau Menteri Kewangan tidak meneliti segala terma tersebut, saya kira perjanjian konsesi itu tidak akan ditandatangani, bukan?

TOL-1

Setelah diluluskan Anwar, maka terbinalah lebuhraya-lebuhraya berkenaan beserta dengan tol-tolnya sekalilah…


Tapi tiba-tiba, setelah Anwar kini berada di pihak pembangkang, dia tidak semena-mena mengkritik kerajaan kerana membenarkan pemegang konsesi lebuhraya untuk menaikkan kadar tol. Kritikannya itu menggambarkan kerajaan BN itu kejam dan zalim kononnya sengaja menekan kehidupan rakyat.

Saya tertanya-tanya, ketika Anwar mengkaji, meneliti, berbincang dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi lebuhraya dulu, apakah dia “tidak nampak” tentang “kezaliman” yang dia maksudkan? Kenapa dia setuju dengan terma kenaikan kadar tol secara berjadual? Kenapa dia “buta”kan diri ketika itu dan tidak merasakan dirinya zalim?

Apakah kerana Anwar ketika itu telah di”buta”kan dengan pemberian projek pembinaan lebuhraya itu kepada kroni-kroninya? Berapa peratus yang Anwar dapat agaknya? Mudah betul dia menandatangani “kezaliman” terhadap rakyat. Tapi baru sekarang baru dia nak menjerit mengatakan tindakan itu zalim? Tindakan siapa yang zalim kalau bukan dirinya sendiri, bukan?

Jika Anwar betul ikhlas mahu menolak kenaikan kadar tol, dia mesti “cuci balik dosa” silamnya itu. Dia perlu menggesa kerajaan supaya tidak membayar pampasan RM400 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuhraya terbabit. Ini adalah kerana wang pampasan itu juga merupakan wang rakyat, bukan?

Seterusnya, Anwar dengan rendah diri perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat atas kegopohan, kecuaian, ketidakcekapan, kejahilan dan kelemahannya dalam meluluskan perjanjian konsesi pembinaan lebuhraya yang tidak menyebelahi rakyat. Dia juga perlu berhenti memburuk-burukkan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak serta merta.


Tidak wajar sama sekali Anwar memburuk-burukkan kepimpinan Najib atas “najis” yang dia sendiri wariskan pada rakyat. Dia yang buat “onar”, tapi dituding pula jarinya pada Najib yang berhempas pulas menghadapi kehendak syarikat konsesi lebuhraya dan keluhan rakyat. Semuanya kerana “najis-najis kering” Anwar…

Tapi, apakah Anwar akan berbuat demikian? Anwar nak mengaku salah silapnya? Jangan haraplah! Takkan tak kenal Anwar? Dia akan terus memburuk-buruk, memperlekeh, menekan, menabur fitnah dan tohmahan jahat pada BN meskipun dia sendiri yang buruk, lekeh dan penuh “kurap”.

Namun sebagai umat Islam, saya doakan jugalah agar Anwar segera sedar dan insaf atas kesalahannya. Mustahil atau tidak, saya tetap mengharap agar dia bertaubat. Kalau boleh, selepas Anwar bertaubat nanti dia akan berhijrah ke Makkah atau Madinah dan menghabiskan masa dengan ibadah. Jangan berhijrah ke US atau Australia sudahlah…kan? myKMU.net

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan