29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Kadir Jasin: Orang baik terpedaya dengan politik

Saya sokong Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat atas gesaan beliau agar Mufti Perak, Harussani Zakaria, tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan Pas. Saya sokong sebab Nik Abdul Aziz orang politik dan Harussani bukan. Betullah seperti yang saya selalu katakan, Nik Abdul Aziz adalah, yang pertama dan terulung, seorang ahli politik. Secara kebetulan latar belakang beliau adalah agama.

RAMAI orang baik buat kebaikan. Tetapi ada orang baik yang buat kebaikan menyangka mereka boleh buat lebih banyak kebaikan jikalau mereka menyertai politik.

Jadi mereka pun terjun ke gelanggang politik. Yang berani, masuk politik parti manakala yang kurang berani tetapi hendak berpolitik juga masuk badan-badan bukan kerajaan yang partisan.

Dua orang baik yang saya kenal secara peribadi dan banyak buat kebaikan tetapi berasa mereka boleh buat lebih banyak kebaikan dengan menyertai politik ialah Dr Chandra Muzaffar dan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Dr Chandra, seorang cendekiawan kelas dunia dari Bidong, Kedah, begitu teruja dengan teriakan reformasi lantas menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Ketika Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menjadi putera mahkota Umno dan bakal pengganti Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, Dr Chandra kritikal terhadap beliau. Tetapi apabila Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan, Dr Chandra mula teruja dengan beliau dan reformasinya.

Orang sebaik Dr Chandra pun masuk PKR dan kerana PKR dahagakan orang baik, maka dalam sekelip mata Dr Chandra naik menjadi timbalan presiden. Tetapi Dr Chandra segera dapati yang idealisme, kecendekiawanan dan kemanusiaan tidak ada tempat lagi dalam politik kontemporari Malaysia.

Kerana teruja dan beranggapan bahawa orang politik lain juga baik dan idealistik seperti beliau, Dr Chandra menderita pemusnahan imej yang teruk. Pihak-pihak yang menyanjung beliau sebagai wira ketika menyertai PKR, memaki hamun dan menghina beliau apabila beliau keluar PKR. Dr Chandra orang cerdik, tetapi tidak pandai selok-belok politik.

Begitu jugalah dengan Tunku Abdul Aziz, pengasas Transparency International Malaysia. Beliau pun berasa boleh membuat lebih banyak kebaikan dengan menyertai politik. Lantas beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan sebagai wakil Melayu paling kanan beliau dengan cepat dinaikkan pangkat menjadi naib pengerusi.

Tetapi beliau juga mendapati bahawa idealisme demokrasi damai dan bertamadun yang ingin beliau perjuangkan melalui DAP tidak bertempat dalam sebuah parti yang cenderung kepada pencetusan gelora.

Batang jerami yang mematahkan belakang kerbau (padanan kepada ungkapan Inggeris the straw that breaks the camel’s back) bagi Tunku Abdul Aziz adalah perlanggaran Dataran Merdeka oleh penunjuk perasaan Bersih 3.0 pada 28 April lalu yang turut didokong oleh DAP. Beliau keluar DAP kerana “perbezaan yang tidak boleh diatasi lagi.â€

Politik adalah mengenai kuasa. Kuasa, kata pembesar Inggeris kurun ke-19, John Emerich Edward Dalberg-Acton, boleh membawa kerosakan dan kuasa mutlak membawa kerosakan mutlak (power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely).

Apabila Anwar menyertai politik kepartian pada bulan Mac 1982 dengan menganggotai Umno, ramai berharap dan menyangka beliau akan membawa bersamanya idealisme dan perjuangan yang menjadikan beliau unggul sebagai pemimpin pelajar dan pejuang gerakan massa.

Tetapi orang yang oportunis segera mengelilingi dan memagari beliau. Sama ada daripada kelompok politik, korporat atau media massa, mereka “mengkorupkan†beliau dengan kesenangan, suit Brioni dari New York, kasut tempahan khas dari Milan dan segala bentuk kemewahan dan “decadence†sehingga hilanglah idealisme.

Saya tidak tahu lagi kalau pemuka politik kita hari ini, tidak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat masih mempunyai idealisme dan melandaskan kerjaya mereka di atas perjuangan. Atau mereka masuk politik kerana mata benda dan glamor. Wallahualam.

PS.

1. Saya sokong Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat atas gesaan beliau agar Mufti Perak, Harussani Zakaria, tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan Pas. Saya sokong sebab Nik Abdul Aziz orang politik dan Harussani bukan. Betullah seperti yang saya selalu katakan, Nik Abdul Aziz adalah, yang pertama dan terulung, seorang ahli politik. Secara kebetulan latar belakang beliau adalah agama.

2. Lagi cerita orang Cina dari Negeri China di Singapura. Seorang Cina dari Negeri China yang tinggal dan menjadi kaya raya di Singapura membeli sebuah kereta Ferrari merah. Dengan kereta mewah itu dia melanggar mati dua orang di tengah-tengah Bandaraya Singapura. Dia pun mati juga. Menurut laporan syarikat berita Perancis AFP, peristiwa itu menyemarakkan lagi sentimen anti pendatang di kalangan warganegara republik itu yang majoritinya keturunan Cina.

* Dipetik dari blog The Scribe A Kadir Jasin

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan