Kadir Sheikh Fadzir Bentuk Parti Politik Baru ‘Ikatan’ - pakdin.my

 Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah (Amanah) untuk membentuk sebuah parti politik baru yang dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Bekas Menteri Penerangan ini akan mengetuai parti Ikatan selepas berkhidmat sebagai timbalan presiden Amanah untuk tempoh setahun lebih.

Abdul Kadir bagaimanapun enggan mendedahkan butir-butir parti baru, tetapi berkata akan berbuat demikian pada Khamis ini.

“Akan ada pelancaran rasmi dan sidang akhbar selepas itu …Saya akan menjawab pertanyaan itu,” beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi portal The Malaysian Insider.

Dijangka parti itu akan bergabung dengan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR).

UTAMABERITAKadir Sheikh Fadzir Bentuk Parti Politik Baru 'Ikatan'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium