Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am

Global

All countries
228,935,812
Confirmed
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
All countries
203,801,365
Recovered
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am
All countries
4,700,044
Deaths
Updated on September 19, 2021 01:55 1:55 am

‘Kahwin sesama jenis… bolehkah dapat anak?’ – Mahathir

LONDON: Malaysia tidak mungkin akan membenarkan perkahwinan sesama jenis seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain termasuk Taiwan baru-baru ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana perkahwinan sesama jenis tidak mampu melahirkan zuriat seperti perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.

“Saya tak faham perkahwinan sesama jenis ini. Perkahwinan ialah tentang anak. Kalau perkahwinan sesama jenis, boleh dapat anak?

“Apa mereka buat? Mereka ambil anak angkat, dan sebagainya,” katanya dalam sesi soal jawab selepas majlis ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamad di Cambridge Union pada Isnin.

Beliau diminta mengulas sama ada Malaysia, yang mengamalkan dasar pandang ke Timur, akan mengikut jejak langkah Taiwan meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, kebebasan juga perlu ada batasnya kerana hak mutlak untuk melakukan ‘apa sahaja’ tidak wujud.

“Pada kami, ia pemikiran yang kebelakang. Hanya kerana kamu rasa manusia perlu bebas dan mereka boleh lakukan apa sahaja, mereka merasakan perkahwinan lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, ‘Oh itu tidak apa, itu hak mereka’.

“Saya rasa hak (kebebasan) perlu atas batasnya. Tidak wujud hak mutlak untuk melakukan apa sahaja,” kata Perdana Menteri lagi.

Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata Malaysia bertegas bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

Katanya, konsep kekeluargaan kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, mempunyai anak, termasuk anak angkat.

Parlimen Taiwan pada Jumaat lalu, telah meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis.

Negara yang merupakan salah satu negara ‘Harimau Asia’ itu mencatat sejarah sebagai yang pertama di benua berkenaan yang berbuat demikian.

Rujukan:
Marina tegur pendirian Wan Azizah tentang isu LGBT yang didakwa haram
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/08/31/marina-tegur-azizah

Berkaitan