31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Kaitkan Najib dengan Morais: Pengakuan Sarawak Report sudah lewat

“Pengakuan Sarawak Report itu sudah lewat. Blog itu sudah berjaya mempengaruhi ramai dengan penipuan dan fitnah jahat bahawa saya adalah pembunuh.”

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengakuan terbaharu Sarawak Report bahawa mereka tidak lagi pasti bahawa Kevin Morais ialah orang yang merangka kertas pertuduhan terhadapnya dianggap sudah lewat.

Menurut bekas  perdana menteri itu, blog itu sudah berjaya mempengaruhi ramai dengan penipuan dan fitnah jahat bahawa beliau adalah pembunuh.

Di dalam entri terbaru di Facebooknya, Najib juga menyifatkan beberapa laporan terkini Sarawak Report sebagai menjengkelkan.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Najib berhubung peranan Sarawak Report yang mendakwa beliau bertanggungjawab terhadap kematian Timbalan Pendakwaraya Kevin Morais.

…………………

Setelah tiga tahun Sarawak Report yang berulangkali mendakwa saya bertanggungjawab terhadap kematian Kevin Morais, mereka tiba-tiba menaikkan artikel semalam yang berkata mereka tidak lagi pasti.

Sarawak Report adalah blog pertama membuat fitnah kononnya Morais dibunuh 5 minggu SELEPAS mendiang kononnya merangka kertas pertuduhan terhadap saya, dan ini dinafikan berulangkali oleh SPRM selama itu serta turut dilaporkan di media-media tempatan.

Artikel terbaru mereka berkata mereka tidak lagi pasti bahawa Kevin Morais ialah orang yang merangka kertas pertuduhan terhadap saya.

Mereka kini menulis juga, “Sarawak Report tidak pernah menyatakan kedua insiden itu – iatitu kematian Kevin dan kes SRC/1MDB – ada kaitan.”

Paling menjengkelkan ialah apabila Sarawak Report kini menulis: “Nampaknya usaha Najib untuk mengenepikan penglibatan Morais akan dapat membuang segala motif pembunuhan yang berkait dengan tuduhan yang dibuat ke atas bekas perdana menteri itu. Beliau (Najib) mungkin betul.”

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull yang dilantik kerajaan PH sudahpun menafikan sekali lagi Morais terlibat dalam siasatan 1MDB/SRC.

Pengakuan Sarawak Report itu sudah lewat. Blog itu sudah berjaya mempengaruhi ramai dengan penipuan dan fitnah jahat bahawa saya adalah pembunuh.

Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155627823130952/

Berita Berkaitan

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan