Kajang Pentas Pemimpin Pakatan Rakyat Maki Hamun Hakim #PRKKajang #KajangMove - pakdin.my

PKR-Kajang-Maki-Hakim

Himpunan Reformasi 2.0 yang diadakan semalam mengesahkan bahawa PRK Kajang ‘dicipta’ bukan untuk rakyat tetapi untuk menjadi platform bagi Anwar Ibrahim memaki hamun kerajaan dan juga hakim.

Kenyataan ini adalah berdasarkan ceramah Anwar dalam kempen PRK Kajang yang langsung tidak menyentuh mengenai pembangunan, perancangan atau pun nasib rakyat. Sebaliknya, isu dalam setiap ceramah Anwar di Kajang adalah berkisar mengenai kezaliman undang-undang, isu bomoh yang memalukan rakyat Malaysia, isu kapal terbang hilang dan isu juruterbang yang mempunyai kaitan keluarga dengan anaknya.

Selain itu, Anwar juga menggambarkan seolah-olah keputusan kes liwat yang tidak memihak kepadanya sebagai telah dirancang oleh kerajaan bagi mengelak beliau menang di Kajang.

Sedangkan hakikatnya, PRK Kajang adalah rancangannya. Jika rakyat Kajang imbas kembali, PRK ini tidak akan berlaku jika Anwar tidak meminta ADUN terdahulu meletak jawatan pada masa dan waktu yang selari dengan rayuan kes liwatnya.

Anwar juga turut merepek mengangkat diri sendiri di dalam ceramah konon beliau lebih layak menangani isu MH370 berbanding Perdana Menteri. Kononnya beliau lebih tahu, dan lebih digemari oleh media asing.

Apa perlunya mengambil hati media asing tidak pula dijelaskan oleh Anwar. Dan apa kena mengena cara mengendali media asing dengan nasib 239 penumpang dan krew MH370 juga tidak juga dijelaskannya.

Apa yang jelas ialah tidak ada satu pun isu yang dibangkitkan oleh Anwar yang merupakan isu rakyat. Malah, Anwar juga tidak menonjolkan calon, iaitu Wan Azizah.

Sebaliknya, semua yang dihujahkan adalah seratus peratus berkenaan dirinya, iaitu Anwar Ibrahim semata-mata, selaras dengan slogan Reformasi 2.0.

Majoriti rakyat sebenarnya sudah lali dan muak dengan kegilaan Anwar. Maka tidak hairanlah, himpunan yang dikatakan ‘gah’ ini hanya mampu menarik sekitar 8,000 hadirin. Selebihnya, rakyat Malaysia memilih untuk berselawat bersama Perdana Menteri di Putrajaya, sambil mendoakan MH370.

Namun, biarpun tidak ramai yang melayan Anwar semalam, ia tidak bermakna Anwar boleh berkata apa saja tanpa dikenakan tindakan. Apa yang diperkatakan Anwar mengenai undang-undang dan kehakiman jelas merupakan satu penghinaan ke atas mahkamah kalaupun bukan fitnah. Anwar mempertikaikan hakim sebagai zalim dan menjadi talibarut kerajaan.

Tuduhan seperti ini adalah berat dan para hakim yang terlibat tidak wajar menutup mata. Mungkin Anwar perlukan sedikit pengajaran mengenai ‘had’ dalam berpolitik. Anwar telah terlalu lama dibiarkan menggila dan merosakkan pemikiran rakyat serta negara ini. Kejayaannya mempermainkan undang-undang dengan menangguhkan keadilan sehingga bertahun-tahun menyebabkan beliau lupa bahawa langit itu tinggi dan menyangkakan yang beliau kebal dalam memperkatakan apa sahaja mengenai kerajaan mahupun undang-undang negara.

Sebelum ini, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan seorang blogger, Haji Zainuddin Salleh, telah dihukum oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mempersoalkan keputusan kehakiman. Jika kes ini dijadikan rujukan, maka Anwar adalah sepuluh kali ganda jauh lebih bersalah lagi kerana bukan sekali beliau mempersoal keputusan mahkamah tetapi berpuluh atau beratus kali iaitu di setiap ceramah dan juga tulisannya.

Bukankah Anwar sudah seharusnya didakwa kerana menghina mahkamah?

UTAMAPILIHAN RAYAKajang Pentas Pemimpin Pakatan Rakyat Maki Hamun Hakim #PRKKajang #KajangMove

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium