#KajangMove: Anwar Pecat Khalid Sebab Mahu Kuasai Dana MBI – Beli MP UMNO Untuk Jadi PM #pakdin.my

Pak Faisal
Pak Faisal

Ketua Umum (PKR) menjadi raja nepotisme,” kata Ahli PKR, Pak Faisal Ks.

Menurut Pak Faisal Ks , kesungguhan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melantik isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor untuk memastikan beliau dapat menguasai dana MBI (Menteri Besar Incorporated) yang bernilai ratusan billion.

“Sebenarnya memang betul Kajang Move masih berjalan, saya setuju, kerana nak jadi menteri besar ni bukan sebab nak jadi menteri besar, (tetapi) sebab nak jadi pengerusi MBI (Menteri Besar Incorporated) beratus billion!

“Dan dari duit itu nanti aku (Anwar) boleh beli satu wakil rakyat umno 30 juta-50 juta, aku (Anwar) jadi perdana menteri!,” kata Pak Faisal dalam forum bertajuk ‘Krisis Selangor: Khalid Ibrahim Belot Pakatan? di Dewan Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada Sabtu.

Berkaitan