27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 2, 2021

Kaji Semula Tahaluf Diyasi Dengan DAP & PKR – Dr. Haron Din (video)

kaji-semula-tahaluf-siyasi-haron-din

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din menggesa Dewan Ulama PAS supaya mengkaji semula tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

Berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-53 di Kulaijaya, Johor, beliau berkata kerjasama itu menyebabkan fitnah kini berleluasa di dalam parti itu.

Kata Datuk Dr. Haron, PAS kini menghadapi suasana politik yang gawat.

Beliau menyarankan supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya syarat kerjasama politik itu tidak dapat dipulihkan.

Tambahnya, tahaluf siyasi sama seperti sebuah perkahwinan yang mempunyai ruang perceraian sekiranya syarat dan rukunnya tidak dipatuhi.

Gesaan supaya PAS mengkaji semula kerjasama dengan DAP dan PKR kembali diperkatakan dipercayai susulan krisis politik membabitkan jawatan Menteri Besar Selangor.

 

 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.