Kajian FMM jangka 30% dibuang kerja dalam tempoh 6 bulan - pakdin.my

  • Lebih separuh syarikat yang dikaji melaporkan kemerosotan pendapatan 50%
  • 63% syarikat berkata, langkah pengurangan kos mungkin perlu diambil, 47% akan berbuat demikian dalam tempoh 3-6 bulan akan datang
  • Lebih 78.7% firma1 mungkin terpaksa membuang 30% daripada pekerja

Dengan pendapatan sesetengah syarikat merosot sehingga 50%, langkah pembuangan pekerja, cuti tanpa gaji dan pembekuan kerja dijangka berlaku dalam tempoh 3 hingga 6 bulan akan datang, menurut kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).

Presiden FMM Soh Thian Lai berkata, pengeluar berdepan “tekanan hebat” berikutan sekatan ke atas kegiatan awam bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dengan lebih separuh syarikat yang dikaji melaporkan kemerosotan pendapatan lebih 50%.

“Kesan ke atas sesetengah syarikat lebih besar berbanding yang lain dan sebahagiannya mungkin terpaksa membuang pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kira-kira 63% syarikat berkata, langkah pengurangan kos mungkin perlu diambil, sementara 47% dijangka berbuat demikian dalam tempoh 3 hingga 6 bulan akan datang.

Katanya, 67% responden berkata, mereka akan mengambil langkah pembekuan pekerjaan, sementara 59% menimbangkan untuk menawarkan cuti tanpa gaji kepada pekerja.

Langkah lain termasuklah menghapuskan elaun atau faedah bukan-kontrak (59%), cuti tahunan wajib (59%), pengurangan hari bekerja mingguan (39%) dan pengurangan masa bekerja harian (29%).

Lebih ¾ firma (78.7%) berkata, mereka mungkin terpaksa membuang 30% daripada pekerja masing-masing, katanya.

Kajian tersebut dijalankan dari 6 hingga 10 April melibatkan 419 syarikat yang berbeza, terutamanya dalam sektor pembuatan.

Soh berkata, program subsidi upah yang diumumkan oleh Putrajaya disambut baik oleh syarikat, walaupun beliau turut menegaskan bahawa perbincangan dengan pekerja berkaitan terma pekerjaan mereka dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bukanlah mudah.

Beliau berkata, 74% responden percaya program subsidi itu tidak mencukupi untuk membantu mereka mengekalkan pekerja tanpa melaksanakan langkah potongan gaji atau pembuangan pekerja dalam tempoh 3 hingga 6 bulan akan datang.

Beliau menggesa Putrajaya supaya memperluaskan program itu supaya turut meliputi semua peringkat gaji untuk tempoh minimum 6 bulan.

Soh juga meminta kerajaan melaksanakan langkah pengecualian atau pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga Disember, selain melupuskan taksiran cukai pendapatan bagi tahun 2020 untuk semua syarikat.

Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menggantung bayaran levi ke atas pekerja asing selama 1 tahun dan menetapkan kadar cukai pendapatan peribadi kepada maksimum 10%.

UTAMABERITAKajian FMM jangka 30% dibuang kerja dalam tempoh 6 bulan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium