Kajian kit ujian saringan kendiri Covid-19 selesai - pakdin.my

Dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri (Rapid Antigen Test) Covid-19 telah selesai dikaji oleh Institut Kajian Perubatan (IMR).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua kaedah saringan kendiri itu mempunyai nilai sensitiviti melebihi 90 peratus.

“Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperincikan panduan pengunaannya dan Insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi satu kemaskini status di laman Facebook hari ini.

Noor Hisham sebelum ini memaklumkan bahawa menerusi penggunaan kaedah saringan kendiri itu, individu tidak perlu lagi hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan Covid-19.

Kenyataan daripada Noor Hisham“Selain ujian RT-PCR dan RTK Antigen, kita ada dua teknik yang guna air liur. Jadi kita akan gunakan kaedah ini dan ada lagi satu ujian yang boleh dilakukan sendiri oleh bukan petugas kesihatan buat iaitu menggunakan air liur,” katanya.

Terdahulu, pada 14 Jun lalu dilaporkan tentang kit ujian air liur untuk saringan kendiri Covid-19 akan berada di pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dilaporkan berkata, orang awam juga disaran membuat aduan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) jika kos saringan fasiliti swasta lebih mahal daripada harga ditetapkan kerajaan.- K! ONLINE

UTAMABERITAKajian kit ujian saringan kendiri Covid-19 selesai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium