27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Kajian Menunjukkan Malaysia ‘Paling Gemuk’ Di Asia Tenggara, Amal Tabiat Pemakanan Tidak Sihat

fattest-in-asia

Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International.

Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara)

Dengan tajuk ‘Good Enough to Eat Index’, ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat.

Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga.

Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain.

Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14.

Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor.

Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis.

Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020.


Malaysia turut disenaraikan negara ‘paling gemuk’ di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik.

Walaupun kajian itu mendapati bahawa rakyat Malaysia tidak menghidap sebarang kekurangan zat makanan, tetapi menunjukkan sebilangan kanak-kanak yang kurang berat badan dengan skor 28.

Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile.

Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia.

Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112).

Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai.

“Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat,” kata kenyataan Oxfam.

Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...