Kajiselidik Merdeka Center Menunjukkan BN Berpeluang Cerah - pakdin.my

wanita-bn

Kedudukan PR dalam ‘pilihanraya yang paling penting’ ini nampaknya semakin kusut apabila satu kajiselidik yang dijalankan oleh Merdeka Center pada 3 Mei 2013 berkenaan Pendapat Umum di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan sokongan rakyat yang melonjak terhadap BN akhir-akhir ini. Kajiselidik ini meliputi 1600 pengundi berdaftar dengan pecahan kaum 59% Melayu, 32% Cina dan 9% India.

Bagaimanapun, konsisten dengan sikap organisasi itu yang sentiasa ‘berat sebelah’ kepada PR, kenyataan akhbar Merdeka Center mengenai kajiselidik tersebut cuba menggambarkan keadaan sebagai 50-50 bagi kedua-dua parti. Dari situ, pihak pembangkang dan juga wartawan asing turut memetik kenyataan akhbar itu dan menyifatkannya sebagai petanda negatif bagi BN.

Namun, apabila kita mengambil sedikit masa untuk melihat keseluruhan kajiselidik tersebut, keadaan ternyata adalah sebaliknya.

Berikut adalah ringkasan dapatan dari kajiselidik yang dilakukan oleh Merdeka Center.

Bagi soalan mengenai apakah anda merasakan bahawa negara ini berada di landasan yang betul, 58% dari responden telah menjawab ‘Ya’ dan hanya 31% yang menjawab ‘Tidak’. Soalan apakah anda berpuas hati dengan prestasi Najib Tun Razak, 61% menjawab ‘Puas hati’ dan hanya 29% menjawab ‘tidak puas hati’.

Bagi soalan apakah pandangan anda terhadap BN, 50% menjawab ‘positif’, 31% ‘negatif’ dan 16% ‘tidak pasti’. Sebaliknya soalan yang sama terhadap PR pula menunjukkan 34% sahaja yang menjawab ‘positif’, 27% lagi ‘negatif’ dan 32% ‘tidak pasti’.

Dapatan dari keempat-empat soalan di atas sahaja sudah lebih dari cukup untuk dijadikan bukti bahawa BN adalah jauh lebih diyakini dari PR.

Hanya satu soalan sahaja yang disifatkan agak negatif bagi BN iaitu soalan yang bersifat subjektif mengenai apakah pendapat anda?

1. Hanya BN yang mampu mentadbir negara (41%)

2. Pakatan Rakyat wajar diberi peluang (42%).

Tindakan Merdeka Center dan laporan asing memilih untuk hanya mengenengahkan dapatan dari soalan ini membuktikan niat sebenar mereka yang ingin menyebarkan persepsi negatif terhadap BN.

Secara keseluruhannya, isu ‘ekonomi’ merupakan isu yang paling dititikberatkan oleh reponden iaitu 25%, diikuti dengan ‘kepimpinan’ 9%, ‘isu sosial dan keselamatan’ 7% dan ‘korupsi’ 6%.

Perlu diingatkan bahawa kajiselidik ini hanyalah meliputi responden dari Semenanjung Malaysia. Oleh itu, kita cukup yakin bahawa jika ianya diperpanjangkan sehingga ke Sabah dan Sarawak maka, sudah tentulah dapatannya akan jauh lebih positif lagi bagi BN.

Dengan itu, bolehlah disimpulkan bahawa BN mempunyai peluang yang cukup cerah dalam PRU-13 ini.

UTAMAPILIHAN RAYAKajiselidik Merdeka Center Menunjukkan BN Berpeluang Cerah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium