Kaki Datuk Seri Azizan Dipotong Elak Jangkitan Kuman - pakdin.my

 

Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedang menjalani pembedahan bagi memotong kedua belah kakinya yang dijangkiti kuman.

Menurut setiausaha akhbarnya, Helmi Khalid, prosedur pembedahan bermula kira-kira jam 6 setengah petang tadi.

Datuk Seri Azizan sebelum ini, beliau menerima rawatan di Kedah Medical Centre, Alor Setar kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang semalam setelah komplikasi jangkitan kuman di kakinya bertambah parah.

Bagaimanapun menurut Helmi, Datuk Seri Azizan mula menunjukkan reaksi positif pagi tadi apabila mula memberi tindak balas apabila disapa mereka yang menziarahinya.

Semalam beliau diziarahi Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

UTAMABERITAKaki Datuk Seri Azizan Dipotong Elak Jangkitan Kuman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium