Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia mengeluarkan arahan serta- merta melarang pegawai mahupun kakitangan Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia susulan tindakan sama yang dilakukan oleh Korea Utara terhadap pegawai dan kakitangan kedutaan Malaysia di Korea Utara.
Bagaimanapun, jelas beliau rakyat Korea Utara masih boleh keluar dari negara ini.
Korea utara larang rakyat malaysia keluar..malaysia larang pegawai kedutaan kluar dr malaysia, pandai lah sanggat datuk oiiii.
Lepas tu nak buat apa?kalau dibenarkan semua kakitangan rakyat Korea utara keluar dorang masih tak benarkan rakyat mesia keluar mcm mana?
Elok keluarga dia kena tahan
Al Reza, kita cuma larang pegawai kedutaan sahaja,rakyat korea bebas kluar dr malaysia.korea pula semua warganegara malaysia dia x bagi kluar.jd fikir sendiri.??
Ha yg terbaru tgk tadi baru lah betul..malaysia larang juga rakyat korea kluar baru lah bijak haha..
KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Susulan arahan Korea Utara melarang rakyat Malaysia di sana meninggalkan negara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan arahan sama terhadap warga Korea Utara di negara ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi Jabatan Imigresen untuk tidak membenarkan mana-mana pegawai atau kakitangan di Kedutaan Korea Utara keluar dari Malaysia.
Zahid berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta sebagai tindak balas selepas Kementerian luar Korea Utara mengeluarkan arahan menyekat warga Malaysia di sana meninggalkan negara itu.
“Kita tidak berhasrat untuk melakukan tindak balas tetapi ini harus dilakukan apabila negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melakukan tindakan di luar tatasusila dan kezaliman diplomatik.
“Malaysia terpaksa mengambil tindakan sama kerana mereka memanipulasikan apa yang dipanggil sebagai kes pembunuhan di klia2.
“Kita mahu menghantar mesej jelas kepada negara berkenaan jangan pernah tuding jari pada Malaysia dan merendah-rendahkan tahap Malaysia sebagai negara berdaulat yang menjalankan semua siasatan berdasarkan profesionalisme PDRM, Jabatan Kimia dan lain-lain agensi penguatkuasaan,” katanya.
Korea Utara sebentar tadi mengarahkan semua rakyat Malaysia di negaranya untuk tidak meninggalkan negara itu buat sementara waktu sehingga insiden yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan baik.
Difahamkan, ada 11 rakyat Malaysia di Korea Utara iaitu sembilan di kedutaan manakala dua lagi dikatakan menyertai festival makanan.
Emi ayub,tahan lah nk tahan haha.. tahan di kamunting.
Tanah tumpahnya negara ku.
Yg ddk dibwh nie pndai ckp je?????
Malaysia blajar dari pengalaman MH..haaa mana beruk2 kuning tu ni la masa nya yg kunun nk pertahankan negara..masok hutan da ker