28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Kalau Mahathir kembali menjadi PM…

Timmy Say, Free Malaysia Today

Kalau Mahathir Mohamad sekali lagi diberi peluang menjadi Perdana Menteri, apakah yang akan dibaikinya?

Persoalan ini timbul selepas media melaporkan Mahathir berjanji untuk mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan sekiranya beliau, yang kini bersama pembangkang yang rata-rata terdiri daripada musuh politik beliau ketika beliau adalah PM, dapat mengalahkan Umno-BN yang diterajui anak muridnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun umum mengetahui kenyataan tersebut sekadar janji politik yang sukar dipercayai buat masa ini, namun di sebaliknya mungkin mengisarkan suatu jenis kekesalan akan tindakannya terhadap Kelantan ketika menjadi PM.

Selain royalti minyak dan tersilap pilih Tun Abdullah Badawi dan Najib sebagai PM, apa lagi kekesalan yang Mahathir rasai sehingga hari ini, terutamanya apabila melihat negara yang dibinanya selama 22 tahun semakin ketinggalan daripada Wawasan 2020 yang diimpikan olehnya buat negara?

Setelah menyertai pembangkang, apakah kini Mahathir terasa bangga atau sedih dengan sistem pilihan raya dan persempadanan yang dibuat ketika zaman beliau yang menyebabkan Umno-BN susah ditumbangkan?

Memahami kesukaran pembangkang mendapat liputan yang adil, apakah Tun kini terasa bangga dan sedih dengan kuasa yang dikurniakan kepada kerajaan dalam mengawal media tradisional di Malaysia?

Bagaimana pula dengan Umno? Apakah Mahathir kini bangga atau sedih dengan budaya dan sistem yang ditinggalkannya di dalam Umno, di mana anak muridnya Najib dapat ‘meningkatkan’ mutu budaya dan sistem tersebut sehinggakan isu sebesar 1MDB tidak mampu menghasilkan sedikit riak pun di dalam Umno? Bahkan mereka yang mempersoalkannya semua sudah menjadi pembangkang.

Apa pula pandangan Mahathir terhadap kuasa Majlis Raja-Raja? Apakah Tun bangga atau sedih dengan kuasa yang ada pada Majlis Raja-Raja, melihat nasib yang menimpa Deklarasi Rakyat yang tidak kebunyian lagi selepas pertemuan Tun dengan Yang di-Pertuan Agong?

Selaku Ketua Umum Pembangkang yang tidak rasmi, sudah pasti Mahathir dapat merasai dengan jelas masalah sebenar negara yang telah dibutai beliau selama ini ketika beliau di seberang sana dan sibuk memastikan Umno terus hidup berkuasa.

Kini, Mahathir boleh menebus kekesalan yang wujud di hati sekiranya ada.

Baca seterusnya

Berita Berkaitan

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan