Kalau KM Sabah bukan dari UMNO, elok bubar saja parti - pakdin.my

Jika benar ada persefahaman awal UMNO Sabah melepaskan kerusi-kerusi yang dimenangi dalam PRU lepas kepada PPBM sebagai tukaran menentukan calon Ketua Menteri, maka semua pihak harus akur kepada persefahaman tersebut.

PN boleh menolak calon yang mereka anggap tidak sesuai tetapi bukan menukar dengan calon dari parti mereka. Itu kata penganalisis politik tempatan Ab Jalil Backer.

Tambahnya lagi di negeri Perak walaupun Bersatu ada 1 kerusi sahaja, kerusi Menteri Besar telah diserahkan kepada mereka.

Di Sabah Umno mempunyai kerusi lebih dari Bersatu. Kenapa Bersatu lagi yang perlu diberi kerusi Ketua Menteri?

Umno tidak berkeras mahukan Bung Moktar sebagai Ketua Menteri. Ada ramai lagi di kalangan Adun Umno yang boleh dicalonkan sebagai ketua menteri.

Kita harap Umno jangan terpedaya dengan rundingan Hamzah.

Jangan satu hari nanti jadi tikus sahaja dalam arena politik negara.

Presiden Umno kena bertindak segera sebelum Umno terus dipermainkan Bersatu. – MyKMU.net

UTAMAPILIHAN RAYAKalau KM Sabah bukan dari UMNO, elok bubar saja parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium