Kalau PAS Menghasut Maka DAP 1000 Kali Lebih Menghasut

Terkini dalam perang DAP vs PAS.
Oleh: Dr. Kamarul Yusoff
Panas berapi-api nampaknya kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam yang menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu.
Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya Datuk Seri Abdul Hadi mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif.
Antara istilah yang Lim Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans).
Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini yang mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam.
Melihat kepada kronologi isu politik di Malaysia mutakhir ini, intipati sebenar tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini, pada hemat saya, adalah menjurus kepada persoalan melantik ketua kerajaan (Perdana Menteri) yang, mengikut beliau, mestilah datang daripada penganut Islam.
Apa yang mahu ditunjukkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi adalah bahawa golongan Islam, tidak seperti golongan sekular di pelbagai tempat lain yang hanya melantik golongan mereka sebagai anggota kabinet, turut melantik golongan bukan Islam sebagai anggota kabinet.
Ini di antara lainnya terangkum di dalam ayat Datuk Seri Abdul Hadi ini: “Para ulama Fiqh Politik Islam, di antaranya Al-Mawardi, mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan)”.
Jika Lim Guan Eng menganggap perjuangan Islam PAS sebagai menghasut, merbahaya, perkauman dan ekstremis, maka perjuangan Malaysian Malaysia DAP sebenarnya adalah jauh lebih menghasut, lebih merbahaya, lebih ekstremis dan lebih tidak berperlembagaan.
Matlamat PAS, iaitu “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”, adalah selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Matlamat Malaysian Malaysia DAP, untuk mensekularkan Malaysia dan untuk menghapuskan perbezaan antara “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera”, pula bukan sahaja menghasut malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, khasnya Perkara 3 dan Perkara 153.
Begitu juga dengan matlamat DAP untuk “memulihkan pilihan raya tempatan”, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14 Ogos 2014 bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sukar dibayangkan nasib Malaysia jika DAP memerintah bila sekarang pun Lim Guan Eng sudah berani sifatkan tindakan menyebut apa yang ulama Fiqh Politik Islam seperti Al-Mawardi katakan sebagai menghasut, merbahaya, ekstremis dan tidak berperlembagaan.
*****
Rujukan:
Mengapa kalau Islam tidak boleh?

http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/4493-mengapa-kalau-islam-tidak-boleh

Kenyataan Lim Guan Eng
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1909303645766394&id=127235530639890

Loading...

25 KOMEN

  1. Sedari dulu PAS sukar memfitnah sebab ia parti yang berjuang untuk lebih baik manakala DAP selalu berpendirian songsang kerana ingin mengusai. Dua perkara yang berbeza.

    Ringkasnya PAS mengajar orang Islaam dalam UMNO/BN lebih tegas memperjuangkan Islam

    Bagaimana pun DAP sering membuay onar dan meracuni fikiran dan pendirian rakyat dengan pelbagai cara.

  2. Mcm sial aje cina hanjing dapig sekor ni…nmpk sgt dh goyang sbb sokongan melayu kt dapig dh semakin kurang…cuma tggl segelintir melayu bodoh nk mampos tk sedar diri aje yg masih sggp jd macai.dia..

  3. Rancangan Gulingkan Abdul Hadi Awang Sudah Bermula

    Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini menyedari ada maklumat bahawa DAP sedang mendalangi usaha untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini untuk menggagalkan perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu yang semakin kuat antara PAS dan Umno pada ketika ini.

    Presidennya Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini berkata, ada pemimpin dalam DAP sudah dilihat mula menyogok orang Pas untuk menjalankan usaha menjatuhkan Presiden sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berlangsung.

    “Abdul Hadi adalah halangan terbesar usaha DAP untuk memecahbelahkan seluruh rakyat Malaysia daripada jadi kenyataan.

    “Ketika ini, Umno dan PAS dilihat begitu rapat dalam perkara-perkara yang berkaitan rakyat, malahan sudah boleh duduk sepentas membela nasib bangsa memerlukan seperti Rohingya dan Palestin dalam isu Bailtulmaqdis.

    “Abdul Hadi adalah halangan terbesar dalam hal ini, dan jika berjaya digulingkan, rakyat akan terus berjaya dipecah-belahkan oleh DAP,” kata Ramesh.

    Beliau berkata di negara ini, penyatuan orang Melayu mampu membawa bangsa dan etnik lain sama-sama bersatu ke arah kebaikan dan kemajuan negara sehingga membuatkan pembangkang tidak akan sekali-kali membiarkan perkara itu berlaku.

    Menurutnya, dulu mereka berjaya memecahbelahkan UMNO ketika Pas masih bersama-sama dalam pakatan pembangkang tapi kini mereka gagal kerana Pas sudah menyedari kerja jahat DAP melalui kepimpinan Abdul Hadi.

    “Kini, DAP perlu memastikan Abdul Hadi jatuh untuk mereka terus menghasut orang PAS terus bermusuhan dengan orang lain supaya perpaduan yang menyeluruh tidak dapat diwujudkan,” katanya.

    Ramesh berkata perhimpunan solidariti menyelamatkan Bailtulmaqdis Jumaat lepas adalah satu petunjuk bahawa rakyat dalam negara ini semakin bersatu apabila banyak badan bukan kerajaan NGO hadir di Masjid Putra di Putrajaya bersama-sama Najib menyuarakan bantahan kepada Amerika Syarikat (AS) yang mengikitraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Zionis itu.

    Perkara itu adalah yang paling ditakutkan oleh DAP kerana jika semua rakyat bersatu, kemenangan Barisan Nasional (BN) tidak dapat dihalang lagi dan ramai pemimpin DAP akan tewas pada PRU ke-14 nanti.

    “Jadi DAP akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkannya, kerana DAP tidak mahu melihat rakyat negara ini bersatu.

    “Perkara paling utama ketika ini ialah menjatuhkan Abdul Hadi dari jawatan sebagai Presiden PAS,” kata Ramesh.

  4. Cepat la mampos sama dengan bapak lu tu aman cikit malaysia nie… Lagi ada babi nie huru hara kaum di malaysia nie d buat nya demi kemarukan kuasa baik bapak baik anak macam pundek puihhh…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini