Kalau Tak Mahu Gaji Baru Boleh Sedekah Kepada Badan Kebajikan – Kata @Khalid_Ibrahim kepda @AzminAli

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Sukan : Malaysia atasi Thailand 1-0, nyalakan peluang ke Piala Asia 2023

Harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia...

10 preman pemeras sopir truk pasar Tanah Abang diamankan

Modusnya mereka menghalangi truk barang yang mau keluar pasar Jakarta...

Khalid_Ibrahim Terlelap Ketika Sidang Media

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu termasuk ahli parti yang mengutuk kenaikan gaji mendadak bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), speaker dan menteri besar di Selangor.

Khalid mengulas mengenai Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang telah meminta kerajaan negeri menangguhkan keputusan untuk memberi gaji yang baru dengan berkata mereka boleh memilih sama ada mahu menerima gaji baru atau menderma sebahagian atau keseluruhan wang gaji untuk tujuan amal.

“Ini terpakai bagi semua. Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan pelarasan gaji baru boleh memilih untuk tidak mengambil gaji mereka,” Khalid memberitahu pemberita di lobi selepas persidangan DUN.

Sebelum itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa kenaikan gaji itu patut ditangguhkan.

Azmin berkata kenaikan gaji telah dibuat tanpa berunding terlebih dahulu.

Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga secara tersirat menunjukkan bahawa kenaikan gaji yang diumumkan adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Mengulas mengenai perkara ini, Khalid berkata struktur gaji baru ini telah dibuat berdasarkan skala gaji baru dalam kerajaan negeri Sarawak.

“Ini bukan bermaksud gaji wakil rakyat kita meningkat lebih daripada Sarawak.

“Terdapat potongan 30 peratus daripada kenaikan mereka,” kata Khalid sambil menambah gaji Ketua Menteri Sarawak ialah RM39,000 sebulan berbanding RM29,250 gaji beliau.

Di bawah struktur gaji baru yang berkuatkuasa 1 Januari 2015, gaji Adunakan dinaikkan 87 peratus dari RM6,000 kepada RM11,250 sebulan,Speaker dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (268 peratus) dan timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus).

Gaji anggota exco akan naik 231 peratus dari RM6,109.29 kepada RM20,250 manakala Menteri Besar akan mempunyai kenaikan gaji 106.4 peratus dari RM14,175 kepada RM29,250.

BACA juga:

Leave a Reply