26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Kalimah Allah : Bishop lega kenyataan Mat Sabu

Bishop Lega PAS Sokong Kristian Guna Kalimah AllahBishop Katholik, Dr. Paul Tan Chee Ing lega dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa parti Islam itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti diputuskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.

Beliau berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam amat memeranjatkan dan bertentangan dengan kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung perkara itu tiga tahun lalu.


“Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar,” katanya seperti dipetik dalam portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.

Ketua Gereja Katholik di Melaka dan Johor itu berkata, penganut Kristian di Semenanjung Malaysia merasakan pendirian Pas terhadap penggunaan kalimah Allah adalah satu langkah penting kepada mencari penyelesaian terhadap kontroversi yang timbul.


“Pada saya, komunikasi di dalam Pas mungkin tidak sampai dan Ketua Penerangannya telah terkeliru,” katanya.

Kenyataan Mohamad itu bertentangan dengan pendirian Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman sebelum ini yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.


Mereka bertiga sepakat bahawa terjemahan God dalam kitab Bible untuk penganut Kristian harus digantikan dengan ‘Tuhan’ dan bukan ‘Allah’ sebagaimana dituntut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menyampaikan perutusan Krismas baru-baru ini.

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan