Kalimah Allah : DAP Hina Sultan Selangor Lagi? - pakdin.my

Kalimah-Allah-Sultan-Selangor

Sikap DAP yang melampaui batas bila menyentuh isu Kalimah Allah amat mengecewakan. Kedudukan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam telah dicemari DAP sekali lagi. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible’ dan penerbitan ‘The Herald’ versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta.

Mahkamah Rayuan telah memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald. Namun begitu Paderi Lawrence yang merupakan pengarang Herald-The Catholic Weekly dalam kenyataannya di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah ALLAH di semua gereja di Selangor.

gereja-selangor-berkeras-guna-kalimah-Allah

Tujuan Sultan Selangor bertitah hentikan penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible’ dan penerbitan ‘The Herald’ versi Bahasa Melayu adalah untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor khususnya dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain. Rakyat Selangor diminta supaya menghormati dan mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah.

Kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu (Esa) seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas. Namun golongan pengampu PAS yang melacurkan Islam sanggup menggadaikan Kalimah Allah yang mempunyai maksud tersirat untuk digunakan secara berleluasa oleh Kristian Laknatullah murtadkan umat Islam.

Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 Nov lepas, telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat negeri itu tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam. Ia seperti yang diperuntukkan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

DAP telah bertindak mencabar Sultan Selangor dan menghina mahkamah. The Malaysian Insider memetik kenyataan bersama Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing ) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) bahawa mereka akan mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DUN) akan datang dengan memastikan umat Islam terjamin daripada sebarang usaha untuk dipengaruhi oleh agama bukan Islam.

Persoalannya mengapa mereka ini tidak ditangkap atas dasar menghina mahkamah dan Sultan Selangor? Mengapa sebelum ini pihak yang berkuasa begitu berani memenjara bangsa Melayu atas alasan menghina mahkamah dengan begitu mudah tetapi begitu takut dan kecut perut bertindak ke atas DAP yang dengan berani dan lantang bukan sekadar menghina mahkamah malahan menghina Sultan Selangor? Adakah keahlian Bar Council yang dimonopoli oleh DAP dan pembangkang menghalang penguatkuasaan ke atas DAP yang telah terlalu berani melampau menghina perundangan Negara? Rakyat perlu tahu samada selama ini adakah sebenarnya Negara dikawal oleh DAP dari segi perundangan dan penguatkuasaan.

Penguatkuasaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 tidak wajar dipertikaikan kerana undang-undang tersebut sebenarnya merupakan terjemahan kepada peruntukan yang terkandung di dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Tujuan enakmen tersebut adalah untuk melaksanakan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan iaitu melarang pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam dan bukannya menggugat hak kebebasan beragama masyarakat bukan Islam di negara ini.

Rakyat perlu tahu dan sedar bahawa Subsekyen dalam Perkara 11(4) membenarkan mana-mana negeri untuk membuat undang-undang kawalan pengembangan kepercayaan agama bukan Islam kepada orang bukan Islam. Namun penggunaan Kalimah Allah ini jelas bertujuan untuk mengembangkan agama bukan Islam kepada orang Islam yang dengan kata lain untuk memurtadkan umat Islam.

Prapaganda yang cuba dimainkan oleh DAP dalam isu sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibantu oleh anggota polis telah menyerbu pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Damansara Kim perlu diterangkan dengan jelas kepada rakyat. Dalam serbuan tersebut JAIS telah merampas 300 naskah Al-Kitab yang merupakan kitab Injil dalam Bahasa Melayu dan juga Bup Kudus, kitab Injil dalam Bahasa Iban.

JAIS telah menegaskan bahawa serbuan tersebut adalah sah di sisi undang-undang dan JAIS mempunyai kuasa untuk berbuat demikian memandangkan serbuan dan rampasan kitab Injil tersebut di buat berdasarkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 (Enakmen 1 Tahun 1988) (selepas ini dirujuk sebagai Enakmen sahaja) oleh kerana kitab Injil yang dirampas tersebut menggunakan kalimah Allah yang dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen tersebut. Oleh itu tindakan JAIS adalah sah.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAKalimah Allah : DAP Hina Sultan Selangor Lagi?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium