27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Kalimah Allah – Kenyataan Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang

gereja-selangor-berkeras-guna-kalimah-Allah

Kenyataan Akbar:

Hari ini, Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang Menyatakan kekesalan terhadap kenyataan yg telah dikeluarkan oleh Paderi Lawrence Andrew (MI) yg mengatakan tidak mahu mematuhi Titah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Selangor yg telah menasihati dan mengarahkan mana-mana rakyat negeri Selangor yg bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah di dalam upacara keagamaan mereka.

Saya ingin mengingatkan semula kepada Paderi Lawrence Andrew kepada semangat Rukun Negara yg diasaskan pada 31 Ogos 1970, setahun selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, yg telah sama-sama bersepakat kepada 5 Rukun:

1.Kepercayaan kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4.Kedaulatan undang-undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun Negara ini menekankan bahawa setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.


Manakala perlu diingat juga bahawa Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan Negara.

Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Apa yg ingin diingatkan kepada Paderi Lawrence Andrew, Titah yang telah dikeluarkan Tuanku Sultan Selangor adalah bertepatan dengan sifat Baginda sebagai Raja yg merupakan lambang perpaduan rakyat.

Juga penekanan Baginda tentang pematuhan kepada  peruntukkan di dalam Jadual kpd Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di kalangan orang Islam) 1998 yang telah diwartakan pada 7 Julai 1998.

Kuasa enakmen ini telah dipertegaskan semula di dalam penghakiman oleh Yang Arif Dato Sri Mohammad Apandi Hj Ali, Hakim Mahkamah Rayuan yang menyatakan:

” it is my judgement that the right of the State Legislature to enact laws, to ensure the protection and sanctity of Islam under Article 11(4) is constitutional.

Yang mana Article 11(4) yang berhubung kait dengan Article 11(1) yang ditakrifkan oleh Yang Arif:

“it is also my reading that this is how the element of ‘peace and harmony’ in Article 3(1) is to be read with the freedom of religion in Article 11(1) of the Federal Constitution”

Di dalam hal ini, Baginda Tuanku Sultan menegaskan:


“Adalah ditegaskan bahawa isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini,”

Baginda juga turut bertegas bahawa keputusan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam dengan penganut agama lain serta mengelakkan pertelingkahan kaum yang boleh membawa kemudaratan kepada semua.

Kepada Paderi Lawrence Andrew dan Ketua-Ketua Paderi yang ada di negeri Selangor adalah diingatkan tentang kesimpulan kepada keputusan Penghakiman Mahkamah Rayuan pada 14hb Oktober 2013 yang menyatakan:

“That being the historical fact it can be concluded that the word or name ‘Allah’ is not an integral part of the faith and practice of Christianity, in particular that of the Roman Catholic Church”

Dan perlulah diingat bahawa keputusan Penghakiman yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan ini adalah terpakai sehingga dan selama mana Penghakiman yang baru, sekiranya ada.

Dan pada hari ini, Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang menyatakan, akan menghantar satu Notis Bantahan kepada Ketua Paderi pada 5hb Januari 2014 di gereja:

Church of our lady of lourdes
114 Jln Tengku Kelana 41000 Klang, Selangor

Sebagai peringatan awal terhadap gesaan “Tuntutan Mohon Maaf” yang telah dibuat oleh pelbagai pihak kepada Tuan Paderi Lawrence Andrew yang akan tamat tempoh pada 5hb Januari 2014 ini.

Saya juga dimaklumkan bahawa perkara yang sama juga akan dibuat oleh masyarakat Islam di daerah gombak pada hari yang sama, dan akan dituruti oleh daerah-daerah yang lain seterusnya.


Sekian, terima kasih

 

Notis Bantah Guna Kalimah Allah Akan Dihantar Kepada Gereja

Satu notis bantahan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam akan dihantar oleh Sekretariat Solidariti Umat Islam daerah Klang kepada Ketua Paderi, Ahad ini.

Pengerusi Sekretariat berkenaan, Norman Toha menegaskan kenyataan pengarang mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang bertegas mahu kalimah berkenaan terus digunakan, jelas bertentangan dengan enakmen negeri, titah Sultan Selangor serta penghakiman oleh Mahkamah Rayuan, 14 Oktober lalu.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...