Kalimah Allah: Pengarang Herald disiasat ikut Akta Hasutan - pakdin.my

herald-kalimah-allah

Pengarang akhbar mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew disiasat polis bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang disiarkan portal The Malaysian Insider baru-baru ini.

Lawrence antara lain mengeluarkan kenyataan bahawa gereja di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan di gereja atas alasan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan beragama di Malaysia.

Bagaimanapun, kenyataannya mencetuskan rasa tidak puashati banyak pihak dan turut membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Menurut peguam Francis Pereira, anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

“Polis soal siasat saya berkenaan kenyataan saya dalam artikel di The Malaysian Insider.

“Mereka soal siasat berkenaan apa yang saya telah katakan dan saya juga memberikan penjelasan berhubung perkara itu,” kata Lawrence ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, Selasa.

Beliau dalam masa sama terus mempertahankan hak penganut agama Kristian untuk menggunakan perkataan Allah di dalam urusan ibadat mereka.

Menurut Lawrence, perkataan itu telah digunakan sejak sekian lama sebelum Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara.

“Saya jelaskan kepada mereka kita telah menggunakan perkataan Allah dalam Buku Doa Harian, yang juga petikan daripada Bible berbahasa Melayu sejak sekian lama,” katanya.

Beliau turut membawa sebuah terjemahan Bible berbahasa Melayu lama berusia lebih 100 tahun ketika sesi soal siasat tersebut sebagai bahan bukti.

Kenyataan Lawrence telah direkodkan oleh pegawai penyiasat ASP Effandi Main.

“Saya turut memberikan salinan (kitab) ini kepada polis, dan ianya sebuah kitab lama yang bertarikh 1905, wujud sebelum abad ke 20 lagi,” tambahnya.

Lawrence telah menerima kritikan dan tekanan pelbagai pihak selepas kenyataan berkenaan disiarkan ekoran ia bercanggah dengan titah Sultan Selangor yang melarang komuniti bukan Islam menggunakan perkataan Allah.

Selangor turut memperuntukkan Enakmen 1998 Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama Kepada Orang Muslim) yang melarang penganut agama lain menggunakan 35 perkataan termasuk “Allah”, “Nabi”, dan “Injil”.

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) minggu lalu turut menerima reaksi negatif banyak pihak.

UTAMABERITAKalimah Allah: Pengarang Herald disiasat ikut Akta Hasutan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium