Saturday - July 24, 2021 @ 22:38
BERITANASIONALKamal Hassan Harap Malaysia Batalkan Pengharaman Filemnya

Kamal Hassan Harap Malaysia Batalkan Pengharaman Filemnya

Vishwaroopam-suspended-in-MalaysiaNEW DELHI  – Aktor India Selatan, Kamal Hassan harap Malaysia akan membatalkan pengharaman filemnya, “Vishwaroopam” dalam tempoh terdekat.

“Saya sedih beberapa negara seperti Malaysia dan Dubai belum menayangkan filem itu. Alangkah baik kalau mereka benarkan penayangannya,” kata beliau pada sidang akhbar di Chennai, Tamil Nadu.

Vishwaroopam, filem thriller pengintip, yang ditulis, diarah dan diterbitkan oleh Kamal Hassan, 58, menghadapi sekatan ekoran bantahan beberapa pertubuhan Islam kerana mengandungi babak dan dialog yang menghina Islam.

Selepas beberapa siri rundingan, beliau bersetuju membuat pengubahsuaian. Filem itu akhirnya ditayangkan di lebih 500 panggung wayang di Tamil Nadu pada 7 Feb.

Di Malaysia, filem itu ditayangkan mengikut jadual pada 24 Jan, tetapi ditarik balik daripada tayangan pada hari berikutnya atas arahan Kementerian Dalam Negeri.

Dilaporkan filem itu akan ditayangkan semula di Malaysia selepas mengalami 16 potongan, namun tarikhnya belum diumumkan.

Kamal Hassan berkata episod susulan “Vishwaroopam 2” akan diedarkan untuk tayangan tahun ini.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here