- klik-klik iklan
-klik iklan-
Home GAYA HIDUP “Kami ibarat artis mesin karaoke sahaja” - Francissca Peter terhina Syed Saddiq...

“Kami ibarat artis mesin karaoke sahaja” – Francissca Peter terhina Syed Saddiq bawa BTS ke Malaysia

PENYANYI tersohor, Francissca Peter meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq untuk membawa kumpulan BTS ke negara ini.

- Advertisement -

Menurut Francissca, keputusan itu merupakan suatu penginaan buat artis tempatan yang selama ini terpaksa berusaha keras menghasilkan karya terbaik namun tidak dihargai.

“Kenapa anda perlu bawa artis luar untuk membuat persembahan di negara kita dan secara besar-besaran? Ia merupakan penghinaan buat kami dan ia amat menyakitkan.

“Sejujurnya saya tidak begitu gembira mendengar perkhabaran itu kerana negara kita sendiri memiliki begitu banyak artis yang sangat bagus.

“Kami sendiri menerima bayaran yang sangat rendah… boleh diibaratkan seperti ‘artis mesin karaoke’ sahaja.

Saya tidak tahu berapa juta anda bayar mereka (BTS), tetapi kami sebagai artis tempatan berasa terhina dengan tindakan itu,” katanya kepada mStar.

- Advertisement -

Francissca ditemui selepas sidang media A Night with Legends Desaru Coast bertempat di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Khamis.

Turut hadir pada majlis itu adalah penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim dan lagenda rock, Datuk Ramli Sarip.

Selain itu, penyanyi popular 80-an ini turut menyifatkan ‘alasan’ Syed Saddiq membawa kumpulan Kpop ke negara ini sebagai suatu yang tidak relevan.

“Alasan anda bawa kumpulan luar negara buat persembahan di Malaysia untuk membantu sektor pelancongan adalah tak masuk akal.

“Buat apa pelancong datang ke mari untuk melihat sesuatu yang sudah sedia ada?” soalnya.

Terdahulu, Syed Saddiq memaklumkan bahawa pihaknya kini dalam usaha membawa masuk kumpulan Kpop terkenal, BTS ke Malaysia untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menurutnya, usaha itu turut dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

Dalam pada itu, Francissca yang pernah popular dengan lagu Sekadar Di Pinggiran turut mencabar Menteri Belia dan Sukan itu untuk menganjurkan sebuah konsert berskala besar khusus buat artis tempatan menampilkan karya sebenar mereka.

Menurutnya, jika dia diberi dana yang sama jumlah diterima BTS, dia juga mampu memberikan persembahan memukau.

- Advertisement -

“Jika anda beri saya RM2 juta, saya akan beri anda persembahan sangat memukau dan luar biasa. Pilih sahaja artis tempatan mana yang anda suka dan anjurkan sebuah konsert besar-besaran buat mereka.

“Kami boleh cari penari terbaik di kota ini untuk bersama dalam persembahan kami. Ketika itu, saya akan tunjukkan makna persembahan sebenar!

“Persembahan yang akan membuatkan anda mampu mengalami mimpi ngeri,” selorohnya.

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...

Kereta ‘naik’ lori… helah suami isteri nak balik kampung tersangkut di roadblock pelabuhan

MATLAMAT utama untuk pulang ke kampung halaman dan kerana itu juga mereka berusaha untuk memastikan hasrat menjadi kenyataan. Kejadian pada Ahad kira-kira pukul 1 petang di...

8 COMMENTS

  1. Citarasa rakyat… kan ke semenjak dua menjak ni rakyat tertumpu muzik dr Korea.. sampai kan drama2 Korea pun sudah di minat… itu kita kena akur lah.
    Bila atas nama citarasa x de siapa boleh mengubah nya.. ramai
    artis2 wanita citarasa dorang minat kahwin dgn lelaki luar negara.. x de siapa yg menghalang pun sbb itu citarasa dorang… itu nama nya citarasa… jd x perlu lah bising2..
    Kalau ada rezeki x kemana juga… pasti akan sampai…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

991FansLike
4,746FollowersFollow
3,328FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Perlu ada undang-undang bendung kutipan derma palsu di internet, kata peguam

Seorang peguam menggesa supaya undang-undang digubal bagi mengawal kutipan dana secara atas talian bagi membendung penipu mempergunakan sikap pemurah penderma. A Srimurugan berkata, undang-undang sedia...

Sekatan jalan diperketat, tiada percubaan rentas negeri

Memasuki hari kedua Syawal, tiada lagi percubaan oleh pengguna lebuh raya untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman...

Puding buih beli dalam talian dipercayai punca 48 keracunan makanan

Sejumlah 48 individu yang mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada Jumaat lepas telah menerima rawatan. Pengarah Kesihatan...

[Video] Adik kebetulan berhari raya di Hulu Bernam ajak abang jumpa di jambatan Sungai Bernam

Cerita sebenar yang kami dapat dari abang beliau Azli Abu Sien. "Adik lelaki tu duk tg malim... Adik perempuan tu ziarah mertua dia di Ulu...

Tiada lagi ziarah Aidilfitri selepas 1 Syawal

Memasuki hari kedua Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah...
-klik iklan-

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..